Sunday, December 30, 2007

Anak Tuan Guru Dato' Nik Aziz Beraya Di Rumah Amy Search

Salam Kamunting,

Ingatkan Mawi yang mendahului, rupanya Amy Search dulu yang dapat saya kenali dan jumpa secara dekat. Ingatkan Mawi yang mendahului, rupanya Amy Search dulu yang lebih bersedia untuk mengubah cara hidup dunia seorang artis.

Ingatkan Siti, isteri Amy Search dulu yang dah tetap kenakan tudung muslimat yang menambah kecantikan diri.

Haa, kira tersengih juga saya dapat beraya di rumah Amy Search di kediaman mewahnya di Damansara kali ini. Isk, glamour juga rasanya dapat bersalam dengan artis tersohor sampai nak juga bersohor dalam blog ni.. Sebab pun budak - budak remaja terlompat - lompat bila dapat jumpa dan bersalam dengan artis kesayangan mereka. Sesetengahnya terkinja - kinja macam beruk kena belacan. Seronok sangat rupa - rupanya..

Selepas mesyuarat Dewan Pemuda Pas Pusat minggu lepas, kawan saya, Ustaz Norazli Musa Taliban mengajak saya untuk beraya di rumah Amy pada petang itu. Katanya, Amy dah dua kali sms supaya datang ke rumahnya. Bukan main eksen lagi beliau tunjukkan sms tu pada saya sambil mengusap - ngusap janggutnya yang panjang sampai ke bawah pusat itu. Hah, perasan lebih - lebih pula ustaz Taliban Qandahari Afghani ni.. Ingatkan saya, dia dulu yang perasan rupa - rupanya.



Kebetulan Ustaz Riduan Mohd Nor, AJK DPP Pusat juga buat rumah terbuka di rumahnya di Kampung Padang Balang, Gombak, kami dan sahabat yang lain ke rumah beliau dulu. Rupa - rupanya beliau pun berhajat untuk turut beraya di rumah Amy. Dia juga dapat sms selamat hari raya, siap dengan tazkirah versi sms pula daripada Amy. Tunjuk eksen, dia bacakan pula sms Amy pada murid - muridnya di St Victoria School. Terkejut beruklah mereka, ustaz kaki ceramah, kaki demontrasi dan kaki sup kaki ni pun boleh terima sms daripada artis pujaan mereka?!

Jadi, kami, juga saudara Khairul Faizi ( minda-kembara. blogspot.com ) dan saudara Suhaizan Kayat ( Ketua Penerangan DPPP ) pun bersama - sama ke rumah Amy.

Jumpa Amy di rumahnya mengembirakan semua. Dia yang dah kenal awal Ustaz Norazli dan Ustaz Riduan yang pernah menziarahinya sebelum ini menyambut kami dengan ramah sekali. Kebetulan kumpulan Rabbani sedang menyempurnakan bacaan tahlil dan sekumpulan anak - anak dari asrama anak yatim juga turut hadir.


Ramai juga rakan - rakan artisnya turut hadir walaupun dah lewat petang. Kami sempat berbual dan berkenalan walaupun tidak lama kerana kesibukannya melayan tetamu yang lain.

Amy, seperti dilaporkan sebelum ini telah turut mengikut jejak sebahagian rakan artisnya yang telah kembali memilih jalan yang lurus. Jalan sebenar kembali kepada Allah, tuhan yang menganugerahkan segala bakat dan kebolehan kepada hambanya untuk memilih cara hidup masing - masing di muka bumi. Apabila hambanya tahu berterima kasih, sudah pasti dia akan memilih jalan yang lurus untuk bersyukur dan kembali kepada tuhannya. Jika tidak, digunakan bakat dan kebolehannya pada jalan kemurkaanNya.

Kerana rahmatNya, peristiwa kembali dan taubat terus menyuburkan kehidupan manusia di bumi. Ada yang menemui setelah lama bergelap pekat dalam kehidupan tanpa syahadah. Ada yang kembali setelah lama hanyut terbuai mimpi. Ada yang kembali setelah lama bertangguh dan menanti - nanti. Semuanya kerana rahmat dan kasih sayangNya terhadap hamba - hambanNya.

Dulu tersohor kerana dijulang - julang iblis dan syaitan. Bila kembali, jadi tersohor juga dijulang para malaikat Allah.

Taubat artis cukup mengembirakan semua. Mereka adalah idola dalam masyarakat, terutama golongan remaja yang hidup alpa dan lalai. Artis, kebanyakannya memimpin mereka ke lembah yang lebih gelap. Apabila mereka bertaubat, sudah pasti mereka akan bersungguh - sungguh menyempurnakan taubat mereka dengan kembali berdakwah di jalan Allah bersama para pendakwah yang lain.


Sudah pasti mereka lebih pakar untuk menguasai remaja yang begitu menggilai dan memuja mereka. Dunia dakwah menjadi semakin meriah.

Macamlah pemimpin Umno masuk Pas. Kebanyakannya kerana taubat yang benar. Macam Ustaz Hamid Derani di Kelantan yang telah masuk Pas beberapa bulan lepas. Hari ini beliau adalah penceramah top lepas Tok Guru. Katanya, beliau akan terus berceramah di tempat mana beliau berceramah masa dalam Umno dulu demi menyelamatkan orang yang disesatkannya dulu.

Kita doakan istiqamah untuk Amy Search dan kita jua. Menukar cara hidup memerlukan istiqamah dan keikhlasan yang tinggi. Ilmu adalah pemyelamat. Saya sempat bersalam dengannya sebelum pulang. Beliau nampak seronok jumpa saya sebagaimana saya juga. Saya jemputnya ke rumah jika beliau ke Kelantan nanti. Beliau berbesar hati sangat untuk jumpa ayahanda Tuan Guru. Katanya, isterinya juga sering menyebut - nyebut untuk jumpa ayahanda.

Saya terserempak pula dengan Ustaz Badrul Amin, mentor taubatnya di Mekah yang kebetulan baru sampai. Ini pun ustaz reformasi yang hebat! Jangan terkejut jumpa saya di Dataran Merdeka nanti dengan Amy di kanan saya dan Isabelllla di sebelah kiri!! Jom, reformasi bersama Amy Search!!

Daripada blog Ust Nik Abduh

The Life of Two Muslim Presidents

Berikut adalah perbandingan gaya hidup dua pemimpin negara islam...memang susah kita nak cari pemimpin seperti ini.kehidupan seorang pemimpin islam yang tidak terlalu mementingkan kemewahan semata2..sebaliknya mementingkan ketaqwaan dan hubungan terhadap Allah S.W.T dan manusia.Itulah rahsia keberanian seorang pemimpin islam (Presiden Iran) yang berani dan tegas berdepan dengan ugutan Amerika dan sekutunya.Hatinya tidak gentar dengan mereka dan dia yakin bahawa Allah sentiasa berada bersamanya..mungkin pemimpin seperti inilah yang kita cari selama ini...

Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat-40:

"........Jangan kamu berdukacita, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita............."

Pohon Para Syuhada

Ahad, 5 Ogos 2007 Pohon Para Syuhada Di Bint Jbeil, Nama Baru Untuk Bint Jbeil: "Ibukota Yang Dipenuhi Keajaiban Allah" (Bint Jbeil- Ratusan para pelawat terus menyerbu Bint Jbeil, sebuah bandar di Selatan Lebanon yang digelar sebagai sebuah ibukota kepada Perjuangan Islam, datang daripada seluruh pelusuk Lebanon dan dunia untuk menyaksikan sendiri 'Pohon Para Syuhada', sebatang pohon yang dipotong pada tahun 2005 dan dipamerkan di dalam dewan utama bandar itu sebagai mengingati para pejuang yang telah syahid dalam peperangan dengan Israel )

Minggu ini, Bint Jbeil mengenang semula jasa-jasa para syuhada tersebut yang mengorbankan jiwa mereka setahun yang lalu dalam peperangan dengan Israel . Waktu di mana kejadian ini berlaku adalah dianggap sebagai keajaiban daripada Allah sebagai sanjungan kepada para syuhada tersebut.
"Pada malam Sabtu yang lalu, kami menganjurkan sebuah majlis sambutan untuk meraikan kemenangan dalam perang setahun yang lalu," kata seorang penduduk."Kami tempat duduknya di dalam dewan itu, beliau menanyakan tentang pohon itu dan melihatnya dengan penuh hormat setelah Haji Selim Bazzi (seorang yang terhormat di bandar itu) menerangkan kepadanya mengenai idea monumen berkenaan dan bagaimana ia dibuat. Tiada sebarang daun pun yang kelihatan pada waktu itu. Segalanya adalah seperti biasa". "Bint Jbeil telah digelar sebagai Ibukota Perjuangan dan Pembebasan, ibu kepada para syuhada dan sebuah kota para pelaksana revolusi," komen daripada penduduk yang lain, "Kini ia mempunyai nama yang baru : Ibukota Yang Dipenuhi Keajaiban Allah. Semoga Allah melimpahkan rahmatnya ke atas bandar yang suci ini dan para syuhadanya serta para pejuangnya dan semoga Allah merahmati sesiapa sahaja yang mempunyai sebuah hati yang murni dan yang mahu mengambil pengajaran daripadanya.Allahu Akbar!Selawat!!!

Pada hari Rabu, 1 Ogos 2007, pohon tersebut mengejutkan penduduk-penduduk bandar tersebut apabila dedaunan hijau semulajadi tumbuh daripada dahan-dahannya. Dahan-dahan itu juga dikelilingi oleh titisan-titisan yang harum baunya yang keluar daripada sebuah garisan keretakan yang secara tiba-tiba wujud pada pohon tersebut.

Subhaanallah...Jelas kelihatan daun-daun segar tumbuh di celah-celah
pohon yang telah mati...Sungguh! Ia menjadi tanda bagi orang-orang berfikir...

Pohon tersebut dipenuhi dengan kepingan-kepingan kayu kecil yang terukir nama-nama para syuhada di atasnya dan ia dicat dengan warna coklat gelap, sebagai simbolik kepada warna tanah di kawasan itu yang telah menyerap darah-darah para syuhada. Selepas perang dengan Israel pada Julai 2006 yang lepas, sejumlah 43 lagi kepingan kayu tersebut ditambah pada pohon itu yang terukir di atasnya nama-nama para syuhada yang syahid dalam peperangan yang terbaru itu.

Para penduduk bandar tersebut merasa sangat kagum apabila mendapati jumlah dedaunan yang tumbuh daripada dahan-dahan tersebut jumlahnya adalah 43 helai.

Inilah wajah pemilik pohon yang penuh dengan keajaiban itu...Semoga Allah sentiasa merahmatinya....

Pemilik pohon ajaib, Haji Soliman Daoud (Abu Mohammad) sedang ditemuramah oleh wartawan TV al-Manar milik Hizbullah

Para imigresen Lebanon telah menempah tiket-tiket penerbangan daripada Amerika, Kanada dan Australia , sementara yang lain daripada kawasan-kawasan yang berlainan di Afrika dan rantau Teluk, telah mula memenuhi bandar ini untuk melihat sendiri monumen itu.

Seorang Ulama yang turut datang melihat keajaiban pohon tersebut sedang diberi penjelasan tentang kejadian yang mengujakan itu...

Salah seorang pengunjung sedang mengungkapkan luahan rasa hatinya terhadap keajaiban pohon yang disaksikannya dengan mata kepalanya sendiri...

Keajaiban Pokok Ini Adalah Satu Anugerah Allah Untuk Seluruh Manusia Sebagai Petunjuk Kepada Ketinggian Darjat Dan Maqam Para Syuhada Di Bint Jbeil Yang Sanggup Menyabung Nyawa Mereka Untuk Menghadapi Kezaliman Israel di Lebanon...Allaahu Akbar!!!

Sumber: 1 , 2

Monday, December 17, 2007