org yg bahagia itu akan selalu menyediakan waktu utk membaca,kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu utk tertawa kerana ketawa itu muzik jiwa, menyediakan waktu utk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu utk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu utk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu utk beribadah kerana ibadah itu adalah ibu segala ketenangan jiwa..
Wacana Perdana: Isu Sebenar Kemelut Politik Di Perak bersama para panel jemputan ; YB. Dato’ Seri Ir Mohamad Nizar b Jamaluddin, YB. Drs Khalil Idham Lim, Ustaz Hj. Abu Bakar b Hussain dan Ustaz Hj. Asmuni b Awi, di Dataran Hayyu Asyir. Pada 12hb Mac 2010, Hari Jumaat - bermula jam 6.00 malam. Solat maghrib dan solat hajat akan dilakukan sebelum program bermula, sila bawa sejadah atau tikar dari rumah masing-masing. Semua hadirin dan hadirat dijemput hadir.
Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussain sedang memberikan ucapan kepada hampir 500 orang mahasiswa dan mahasiswi Perak yang menuntut di Universiti Al Azhar Mesir
ADUN Titi Serong,DRS. Khalil Idham Lim sedang menyampaikan ucapan.
KAHERAH : Sempena dengan lawatan rombongan badan Perhubungan PAS Perak ke Mesir, satu majlis Dailog dan Ramah Mesra bersama dengan Mahasiswa dan mahasiswi Perak yang menuntut disini telah daidakan di Rumah Perak disini malam tadi.
Rombongan yang di ketuai oleh Pesuruhjaya PAS Perak itu telah ditemukan dengan hampir sebahagian besar peljar Perak yang menuntu disini bagi menjelaskan isu-isu semasa termasuklah kemelut politik yang berlaku di Perak.
Mereka yang diberi peluang oleh pengajur untuk berucap dalam majlis tersebut selain dari Pesurujya PAS ialah Dato' Seri Muhammad Nizar jamaluddin dan Drs. Khalil Idham Lim.
Selain itu satu majlis dailog telah diadakan dan lebih dari sepuluh soalan utama telah dikemukakan dan dijawab secara panjang lebar oleh rombongan.
Persolan yang berkaitan dengan undang-undang dan perlembagaan telah diterang sejelas mungkin oleh pengarah jentera Pilihanraya PAS Perak yang juga seorang peguam, Hj. Asmuni Awi.
Hadir sama dalam majlis itu ialah Presiden Persekutuan Mahasiswa Melayu Mesir(PMRAM), Abdul Muis bin Muhammad dan YDP Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM).
Disamping majlis utama tersebut, rombongan telah disajikan dengan masakan nasi ayam yang di masak oleh Mahsiswa dan peluang terbaik itu telah digunakan oleh kebanyakan mahasiswa dan mahasisiwa untuk bergambar dengan rombongan diakhir program.
Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin menyampaikan penerangan tentang kemelut politik Perak kepada yang hadir.
Sheikhul al Azhar, al Imam Prof.Dr Mohamed Sayyid at Tantawi meninggal dunia pada pagi Rabu di Arab Saudi akibat serangan jantung yang begitu kritikal, di waktu usianya menjangkau 82 tahun.
Serangan mengejut telah menimpa Sheikhul Azhar sepanjang keberadaan beliau di Lapangan Terbang al Malik Khaled Antarabangsa, Riyadh untuk melakukan perjalanan pulang ke Kaherah. Ketika Allahyarham berangkat segera menuju ke hospital beliau telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Allahyarham di sana sedang melakukan lawatan rasmi menemui wakil Kerajaan Saudi untuk menghadiri Majlis Penganugerahan Raja Faisal kepada beliau berikutan khidmatnya kepada Islam di mana Allahyarham termasuk salah seorang penerima anugerah tersebut pada tahun ini.
Allahyarham yang juga merupakan Sheikhul Azhar, lahir pada 28 Oktober 1928 di sebuah desa Salim as Syarqiyyah berpusat di daerah Tama, Soohaj. Beliau telah belajar dan menghafaz al Quran di kota Iskandariah.
Allahyarham menerima gelaran doktor dalam ilmu hadith dan tafsir pada tahun 1966 dengan pangkat kepujian (mumtaz), kemudian beliau bekerja sebagai tenaga pengajar di kuliah Fakulti Usuluddin, dan seterusnya ditugaskan mengajar di negara Republik Arab Libya selama 4 tahun. Selepas itu, beliau bekerja sebagai dekan bagi Pengajian Pasca-sarjana Universiti Islam di Madinah.
Kemudian Prof.Dr Mohamed Sayyid at Tantawi dipilih menjadi Mufti Kerajaan Mesir pada tanggal 28 Oktober 1986, dan menduduki menduduki jawatan tersebut sehingga beliau dilantik menjadi Sheikhul al Azhar pada tahun 1996.
Beliau merupakan salah seorang ilmuan al Azhar yang tersohor yang begitu sarat dengan pengalaman ilmu pengetahuannya, terutamanya dalam bidang tafsir.
Walau bagaimanapun, di sana ada pendirian-pendirian beliau mengenai isu politik yang tidak disepakati dasarnya, ini kerana perkara politik lebih mendominasi praktikal dan saintifik dalam kehidupannya.