Sunday, May 17, 2009

Semua Tahanan Malaysia Di Shoubra Dibebaskan

Alhamdulillah

Baru menerima satu panggilan dari sahabat pimpinan yang menguruskan pelajar yang di tahan di Aboud Shoubra egypt yang memberitahu kesemua mereka yang ditahan telah dibebaskan dengan bantuan Pihak Safarah, en Zainuddin dan Pimpinan PMRAM termasuk mantan Presiden Us Hairul Nizam bin Mat Hussain.

mungkin perkembangan terbaru kita boleh ketahui selepas ini bila mereka telah mengupdate Blog memasing tentang pengalaman mereka di dalam lokap polis mesir dan beberapa pengalaman lain.

Pihak PImpinan DPM (MAQAZ) Shoubra mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk doa doa kalian yang membantu dan memudahkan segala urusan.

Kini diingatkan kepada semua pelajar agar lebih berhati hati setiap masa dan ketika. Pastikan semua pelajar memiliki visa pelajar yang sah untuk tidak menimbulkan sebarang masalah selepas ini.

Kerjasama semua pihak diucapkan terima kasih dan alhamdulillah atas segala kejadian dan ketentuan.

jadikan pengalaman dan peristiwa ini sebagai pengajaran buat kita yang lain

Alhamdulillah

Jazakallah...

Jom kita ziarah banduan yang telah di bebaskan di rumah mereka di Aboud.. tapi jgn datang hari ini kerana mereka nak berehat setelah kepenatan seharian di lokap. Esok yea

Datang jugak jangan tangan kosong. Paling kurang biskut kering. Hehe.

ok.syukran jugak pada wartawan yang melaporkan.

Sumber

Maklumat Terbaru Tahanan Malaysia

Sehingga sekarang jam 4 ptg . 8 orang dari mereka yang di tahan di balai polis aboud shoubra telah dibebaskan.

Berbaki dalam tahanan seramai 4 orang dan mereka penuntut tahun 1 maahad Qiraat shoubra.

Doakan semua mereka di bebaskan.

Pihak PMRAM dan Kedutaan Malaysia sedang giat bertungkus lumus untuk membebaskan meraka.

Tambahan:

1. Kesian us Anuar Pengerusi Shoubra dan semua yang terlibat dari semalam yang masih tidak tidur dan rehat. NTah makan ntah tidak mereka tu

2. Mereka yang ditahan mungkin sedang dahagakan asob*.heee

*asob = air tebu sejuk yang sedap diminum di musim panas.

Sumber

Jangan Panik Apabila Kena Tahan

assalamualaikum

12 pelajar Malaysia di tahan di Aboud Shoubra, Mesir.

Berita mengejutkan ini saya dapat dari rakan yang dapat tahu dari Pengerusi DPM (MAQAZ) Shoubra,Us Anuar roseli.

Berkenaan tangkapan Pelajar Malaysia di kawasan perumahan meraka di Aboud Shoubra lewat petang semalam.

Mereka semua berada di satu imarah(bangunan) yang sama yang menempatkan tiga buah rumah dan kesemua mereka berjumlah 12 orang.

Kesemua mereka di tahan atas alasan yang tidak pasti. Hanya diberitahu untuk mengambil keterangan dan siasatan.

Termasuk juga dalam tahanan itu ialah pelajar wafidin (luar negara) yang lain.

Ketika berita ini ditulis, Presiden PMRAM US Abdul Muiz dan Pengerusi DPM Shoubra masih di balai polis di kawasan Abuod untuk proses mengeluarkan mereka yang ditahan. Ada bersama beberapa pimpinan dari PMRAM dan DPM Shoubra sendiri untuk membantu proses pembebasan.

Jangan risau.InsyaAllah tiada apa yang merisaukan. Cuma kita doakan mereka yang ditahan dibebaskan secepat mungkin kerana mereka ditahan bukan sebab kesalahan tetapi hanya untuk mendapatkan keterangan dan beberapa siasatan.

Kes yang sama pernah berlaku tahun lepas di tempat yang sama dan rumah yang sama iaitu di kawasan Aboud dimana seorang pelajar Malaysia yang ditahan ketika itu.

Berhati hati! Sehari sebelum kejadian di Aboud ini, sekurang kurang nya tujuh orang Polis berpakaian Biasa bukan uniform polis membuat siasatan mengejut (menggeledah) sebuah rumah pelajar malaysia di kawasan Masjid Khazandarah, Shoubra, EGypt.

Sepertimana yang dilaporkan, mereka membuat siasatan terhadap perkara perkara berikut

1. Iqomah (visa) pelajar.
2. Kitab dan majalah berkaitan gerakan dan politik di Mesir seperti IKhwan Muslimin (IM)
3. Data dalam Komputer/Lettop yang berkaitan dengan gerakan Islam dan politik di Mesir.
4. Most visited/viewed pages dalam internet. Kalau ada terbuka laman web IM atau gerakan serta politik di Mesir.

JADI

Dinasihatkan kepada semua pelajar Malaysia di Shoubra dan Mesir agar berhati hati dan berjaga jaga setiap masa sekarang,

Pastikan anda :

1. Memiliki Visa pelajar yang sah. kalau takdak, dok dalam rumah senyap2.hee
2. Tidak melawati laman web gerakan/politik dan yang berkaitan keselamatan Mesir
3. menyimpan ditempat yang memang cari tak jumpa atau Pos terus ke Malaysia kitab majalah akhbar, keratan, stiker atau sebagainya yang berkaitan politik dan keselamatan Mesir
4. Jangan sembang dengan Arab yang tak dikenali.. dan yang nampak mencurigakan..muka macam SB tu jauhkan laa...
5. Banyakkan Berdoa.. agar keselamatan kita semua terjaga dan selamat.

Sekiranya ada polis atau Sb datang ke rumah anda.. Segera menelefon Pengerusi DPM atau pimpinan pelajar secepat mungkin. Jangan buat Terer.hee

Ni no Phone Pengerusi DPM SHOUBRA us ANuar Roseli - +2011 9902856


sebelum terlupa..

sekiranya ada arab datang ketuk rumah dan nak buat siasatan ..di syaki SB atau polis..

1. first, minta ID atau kerneh (kad kuasa polis) bagi memastikan dia benar benar polis
2. Intai kat kawasan pinggang dan belakang dia ada Pistol tak (nak pastikan dia polis betul)

baru benarkan dia check rumah kita. Jangan mudah mudah ja bagi arab masuk rumah, walaupun dia polis, rumah tu tetap rumah kita, bukan rumah dia.hee

Kalau boleh suruh dia buka kasut sebelum masuk rumah.. kita nak solat, dan laluan kita bersih dalam rumah kita.

semasa check...

1. banyakkan berdoa. Selawat
2. Jangan cakap banyak.DIAM
3. Jangan buat tau.Tengok ja apa dia buat
4. Jangan bgtau rumah lain..kalau dia tanya ada rumah lain tak, kata tak tau.Tau rumah pengerusi ja.

Selepas check..

1. Maklum kat pengerusi kata rumah kita kena check.

Ini adalah kHidmat pesanan abang abang lama yang saya ingat dan amalkan...
kalau ada tambahan atau perkara perkara penting lagi yang saya tertinggal.. minta maaf..

harap semuanya selamat... Banyakkan berdoa dan selawat pada Junjungan Baginda.

Doakan 12 sahabat kita keluar.. kerana tika 8.10 pagi ini ..masih dalam tahanan dan tiada berita baru dilaporkan.

Sumber

Wednesday, May 6, 2009

Larangan-Larangan

LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN

1. Tidak boleh sama sekali berjimak ketika berada di dalam terlalu kenyang atau terlalu lapar.
2. Mandi setelah makan.
3. Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita
4. Berada dalam keadaan terlalu lapar.
5. Berjaga malam selain dari qiamullail.
6. Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN

1. Memakan daging.
2. Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
3. Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
4. Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas
5. Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang
6. Memakan makanan yang agak manis.

FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT

1. Bercakap banyak.
2. Tidur banyak.
3. Makan banyak.
4. Banyak jimak.

FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN

1. Banyak jimak
2. Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
3. Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri
4. Banyak memakan makanan yang serba masam.

SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT

1. Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air
sejuk (masak)
2. Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.

BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL

1. Tinggalkan dari bercakap kosong.
2. Sentiasa bersugi.
3. Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA, MAKANLAH, JANGAN DI BUANG

Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman, hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan bandannya ke dalam makananan atau minuman itu,kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak beracun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat
syaitan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN

1. Melihat pekara-pekara yang haram.
2. Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
3. Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut
4. Tidak membaca Al-Quran.
5. Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram
6. Mengumpat dan mengata.
7. Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
8. Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
9. Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
10. Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.

LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN

1. Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati
2. Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah
3. Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam

SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT:

1. Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat
2. Selepas berjimak.Selepas makan atau sebelumnya.
3. Ketika sedang makan.
4. Selepas memakan buah-buahan.
5. Selepas keluar dari bilik mandi.
6. Ketika terjaga dari tidur.

CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.

1. Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk
2. Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00 kemudian bersugi. berwuduk dan bersembayang tahajjud.
3. Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar
4. Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus,cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR

1. Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2. Selepas masuk waktu Asar.
3. Tidur di bawah cahaya matahari waaupun terkena separuh dari
badan

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI

Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:

1. Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2. Merosakkan warna kulit
3. Melemahkan jantung.
4. Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5. Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6. Melemahkan kecerdasaan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR

1. Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur

2. Hindarkan dari tidur lewat malam.

3. Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil

4. Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum tidur bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur

5. Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.

6. Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA

1. Banyak melakukan jimak.
2. Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
3. Banyak minum air di waktu pagi.
4. Banyak memakan atau meminum yang seba masam.

SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG

1. Merokok yang berterusan.
2. Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
3. Kurang tidur.
4. Sentiasa mandi di tengah malam.
5. Berjimak di dalam air atau ketika udara terlalu sejuk.
6. Melakukan kerja secara berterusan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN

1. Melihat kepada benda-benda kotor.
2. Melihat kepada palang +/salib.
3. Melihat kepada alat kelamin perempuan atau bayangan luar
4. Duduk dengan membelakangkan kiblat.
5. Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
6. Banyak menangis.

Wallahualam

Tuesday, April 28, 2009

Al-Quran Teman Di Kubur

walau apa sekalipun jangan tinggalkan Al Quran...bacalah setiap hari paling sedikit 1 helai. Jika sibuk sekali pun carilah masa utk membacanya. jadikan hati kita sentiasa dekat dgn quran kerana quran itu cahaya penyuluh hidup

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:


"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran "


Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al - Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.


Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.


Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :


"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata :


"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat"."Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" .Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi
dari malaikat - malaikat dari syurga"

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al - Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.


Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh
sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat.


Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya.. ...MARI BACA AL-QURAN!! !

Friday, April 17, 2009

Kisah Berhutang 5 Sen

Ustaz Halim (bukan nama sebenar), telah diganggu dengan suatu mimpi yang dia sendiri tidak memahaminya. Berbulan bulan dia tidak lelap tidur kerana mimpi tersebut. Dia bermimpi datang seorang lelaki yang dalam keadaan yang amat terseksa dan melambai-lambaikan tangan kepadanya dengan berkata " tolong bebas kan aku". Setelah bersolat hajat, bertanya dengan orang-orang 'alim akhirnya dia telah bertanya dengan ibunya di manakah kubur bapanya.

Ibunya bercerita, ketika berlaku serangan Jepun di Tanah Melayu, dia telah terpisah dengan suaminya. Hampir 40 tahun berlalu dia tidak pernah dengar langsung khabar berita. Maklumat yang diketahui ayahnya telah terbunuh ketika perang Jepun dahulu. Setelah berlalu beberapa bulan, Ustaz Halim tidak jemu-jemu bermunajat dan berdoa agar Allah memberikan petunjuk supaya dia dapat menyelesaikan mimpinya.

Mengikut orang-orang 'alim, orang yang memanggilnya di dalam mimpi tersebut ialah roh ayahnya. Ustaz Halim sentiasa berdoa kepada Allah supaya mengampuni dosa ayahnya dan melepaskan siksaan yang diderita oleh ayahnya. Namun setelah dua tahun berlalu dia masih diganggu oleh mimpi tersebut lagi.

Masa berlalu, akhirnya dia dapat maklumat bahawa sebenarnya ayahnya baharu meninggal lebih kurang dua tahun yang lalu. Maklumat yang diterima, ayahnya adalah seorang yang berjaya dalam perniagaan dan telah banyak melakukan amal kebajikan untuk kabaikan Islam. Setelah terpisah ketika perang Jepun, aruah ayahnya telah berikthiar mencari isterinya namun tidak berjumpa. Ayahnya mendapat tahu isterinya telah meninggal dunia kemudian telah mendirikan rumahtangga dengan isteri kedua dan dikurniakan dengan lima orang anak perempuan.

Ustaz Halim telah pergi ke rumah ibu tirinya untuk mengetahui jika ayahnya dahulu ada meninggalkan apa-apa hutang yang belum selesai. Ibu tirinya dan adik-adik tirinya tidak memberikan kerjasama yang baik setelah mengetahui bahawa Ustaz Halim adalah juga waris kepada simati. Dia takut Ustaz Halim akan menuntut haknya daripada harta simati. Bagimanapun daripada peguam keluarga ayahnya memberitahu bahawa semua hutang simati telah dijelaskan dan tidak ada satu pun yang tinggal.

Ustaz Halim terus menyiasat, kepada semua kenalan aruah bapanya dan memohon semua kenalan bapanya jika ada salah dan silap ketika dia hidup harap diampunkan.

Masa berlalu, mimpi masih terus menganggu.

Suatu hari Ustaz Halim pergi semula kerumah ibu tirinya, menceritakan kepada ibu tirinya tentang mimpi yang dialaminya. Mimpi tersebut bermula setelah kematian ayahnya. Ibu tirinya merasakan tidak mungkin sebab aruah ayanya adalah seorang yang taat beribadah dan rajin bersedekah. Suka menolong orang susah. Tidak pernah lambat menjelaskan zakat perniagaannya. Bagaimana dia boleh terseksa. Ibu tirinya berpendapat itu mungkin bukan aruah suaminya. Mungkin orang lain.

Setelah panjang lebar berbincang dengan ibu tirinya, dia pun mengambil keputusan untuk balik. Ketika keluar daripada rumah tersebut, dia bertemu dengan seorang lelaki. Lelaki tua tersebut bertanya ini kah rumah Datuk Azlan bin Affendi (bukan nama sebenar). Ustaz Halim menjawab betul. Dia ada dirumahkah? Tanya lelaki tua tersebut.

Kemudian tanpa banyak soal, ustaz Halim membawa orang tua tersebut ke kubur aruah ayahnya. Di dalam perjalanan, Ustaz Halim menceritakan segala-galanya dan orang tua tersebut menceritakan pula dia adalah sahabat karib kepada kawannya Azlan. Beberapa minggu yang lepas dia terbaca satu buku dan dibelakang buku tersebut ada biodata kawannya itu. Lalu dia terus datang ke KL untuk berjumpa dengannya.

Sebelum sampai ke kubur, mereka singgah sebentar minum di warung kopi. Ustaz Halim bertanya dengan orang tua tersebut. Pernahkan pakcik berselisih paham dengan ayah saya? Jawap orang tua tersebut, tidak pernah dan kalau adapun dia telah mengampunkan segala dosanya. Ustaz Halim terus bertanya berkenaan dengan hutang. Orang tua itu kata tidak pernah Azlan berhutang dengannya.

Mereka terus ke kubur dan berdoa. Selesai berdoa orang tua terebut teringat peristiwa sebelum mereka berpisah ketika perang Jepun. Ketika itu kami sedang minum kopi di warung. Azlan telah tergesa-gesa pulang dan meminta dia membayarkan duit minum kopi yang berharga 5 sen dahulu. Dia berjanji akan membayar balik. Kemudian Jepun menyerang kampung kami dan kami terus berpisah. Orang tua tersebut terus berdao Ya Allah aku halalkan hutang lima sen yang kawan ku Azlan berhutang kepada ku.

Setelah hari itu, Ustaz Halim tidak lagi diganggu dengan mimpi tersebut lagi.

Ini adalah kisah benar (Nama sebenar dirahsiakan oleh penulis).

Moral cerita:- Renungilah hadith nabi berikut:

Sabda Rasulullah S.A.W.yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:

"Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskannya maka tergantung-gantunglah ia di antara langit dan bumi, yang bererti terseksalah roh itu hingga dibiarkan hutangnya itu"

Dari kisah ini, Datuk Azlan masih beruntung kerana dia mendapat anak yang soleh (Ustaz Halim). Dan dengan berkat anak yang soleh ini dia dapat mengadu kepada anaknya didalam mimpi kemudian terbebas ia dari hutang yang sangat kecil iaitu 5 sen dan telah dapat terbebas dari seksaan yang dahshat iaitu Roh teawang-awang diantara langit dan bumi.

Oleh itu, walaupun banyak amal ibadat kita, banyak sedekah kita, jika ada hutang yang tidak selesai walaupun satu sen pasti roh kita akan terseksa setelah kita mati.

Oleh itu, jika berhutang hendaklah ditulis dan beritahu kepada waris kita sebelum kita mati supaya waris kita dapat menyelesaikannya.

Seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 282:

"Wahai orang mukmin, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan cara berhutang (yang bertempoh) hingga ke ssuatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulisnya (kadarnya dan tempohnya) dan hendaklah ada jurutulis yang menulisnya dengan adil dan benar, dan janganlah seorang penulis itu enggan menulis/mencatit sebagaimana Allah telah ajarkan. Oleh itu hendaklah penulis itu mengikut yang merencanakan oleh pihak yang terlibat dengan penuh rasa taqwa kepada Allah Tuhannya dan janganlah dia mengurangkan sesuatupun dari jumlah atau kadar dan tempoh masa berhutang itu dimulakan hingga selesai dibayarkan balik dengan sempurna."

Rindunya Pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz

"Baru satu abad telah berlalu, namun keadaan umat Islam jauh sekali berbeza berbanding dengan zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya dahulu. Bibit-bibit jahiliyah yang dihapuskan Rasulullah s.a.w. telah mula berputik kembali. Sifat suka mementingkan kabilah, semangat berpuak dan mengutama saudara sendiri menjadi ciri-ciri baru kerajaan Islam pada masa itu. Kerajaan tidak lagi dinilai dengan neraca al-Quran dan as-Sunnah, tetapi diukur atas keperluan semasa dan kepentingan negara. Pemimpin-pemimpin Islam sudah pandai bermewah-mewah, melakukan penindasan dan bermegah diri. Sehinggakan Baitul Mal, jadikan sebagai harta peribadi mereka.

Masyarakat Islam pula semakin kaya dan leka, mereka semakin meninggalkan penghayatan ilmu dan nilai-nilai Islam. Kekuatan hawa nafsu dan bisikan syaitan telah mencampak mereka ke lembah kealpaan.

Kasih sayang tuhan mengatasi segala-galanya. Dia tidak ingin melihat umat Islam tergelincir ke dalam kegelapan. Dalam cahaya suram yang kelam, terpancarlah sinar yang membawa seribu harapan. Khalifah Umar Abdul Aziz menyelamatkan Islam dan umatnya dengan mengembalikan Islam seolah-olah ke zaman permulaannya.

Umar Abdul Aziz adalah seorang bangsawan yang berbudi halus dan wara’.

Walaupun dikelilingi dengan kekayaan dan kemewahan, beliau tidak hanyut dan leka. Beliau menjadi kegilaan anak gadis kerana ketampanannya, dan sering menjadi ikutan pemuda pada zaman itu. Sejak kecil lagi beliau didik dengan ilmu agama. Minat dan kecenderuangan beliau kepada ilmu, membawa beliau ke kota Madinah. Di sanalah beliau mempelajari dan mendalami ilmu agama dari tokoh-tokoh Islam zaman itu. Semasa pemerintahan al-Walid ibn Abdul Aziz, beliau telah menjadi gabenor Madinah selama 7 tahun. Di sini beliau telah menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin Islam sejati. Sehingga Anas ibn Malik berkata: “Aku tidak pernah menjumpai Imam selepas Rasulullah s.a.w. yang menyerupai sembahyangnya seperti Rasulullah s.a.w. kecuali pemuda ini, Umar Abdul Aziz iaitu gabenor Madinah”

Sebaik saja dilantik sebagai khalifah, Umar Abdul Aziz terus membersihkan kerajaan dengan memecat gebenor dan pegawai yang kejam dan tidak adil. Hamba sahaya milik keluarga di raja juga telah dimerdekakan, semua barang kemas dan hadiah yang diterima beliau dan isterinya semasa pertabalan telah diserahkan semuanya kepada Baitul Mal. Istana pula telah dihias secara sederhana sahaja. Umar Abdul Aziz menganggap dirinya sebagai pengganti kepada datuknya iaitu khalifah Umar al-Khattab. Kerana itulah beliau digelar sebagai Umar II. Hidup beliau telah berubah sama sekali, kemewahan dan kemegahan telah ditanggalkan dan digantikan dengan kehidupan yang penuh zuhud dan kesederhanaan.

Pernah suatu ketika, Umar Abdul Aziz memerhatikan anak-anak perempuannya menutup mulut dengan tangan ketika berbual dengannya. Selepas menyiasat, beliau dapati hanya bawang dan kacang sahaja yang terdapat dirumahnya. Anak-anaknya berbuat demikian kerana takut menganggu beliau dengan bau bawang. Dengan berlinangan air mata beliau berkata: “Wahai anakkku adakah kamu inginkan makanan yang enak sedangkan ayahmu dihumban ke dalam neraka?”

Beliau adalah khalifah kepada sebuah empayar terbesar zaman itu, namun tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk menunaikan haji. Sehinggalah sampai satu masa, beliau diberitahu khadamnya, duit untuk menunaikan haji telah mencukupi hasil dari pendapatannya sebagai khalifah. Akan tetapi Umar menjawab: “Kami telah mengambil manfaat harta ini sekelian lama. Sekarang orang Islam berhak menikmati hasilnya.” Kemudian beliau memasukkan semua hasil pendapatan itu ke dalam Baitul Mal. Pernah juga Umar Abdul Aziz datang untuk lewat menghadiri solat Jumaat kerana terpaksa menunggu bajunya yang sehelai itu kering.

Beliau adalah seorang yang zuhud dan sangat berhati-hati. Jika ada mana-mana pegawai dan ahli keluarga yang ingin menemuinya atas urusan peribadi, serta merta beliau memadamkan lilin yang dibekalkan kerajaan dan menggunakan lilinnya sendiri. Beliau tidak pernah mengguna air panas daripada dapur awam atau menghidu wangi-wangian milik Baitul Mal.

Dalam pentadbiran pula, Umar Abdul Aziz telah mengubah kerajaannya sehingga kebajikan rakyat menjadi matlamat utama. Sebelum Umar, perhatian negara hanya terhad kepada memungut hasil cukai dan pembangunan material tanpa memberi penumpuan kepada pembangunan rohani dan keagamaan. Sebaliknya, semasa pemerintahan beliau, sangat sukar untuk berjumpa dengan pengemis atau fakir miskin yang berhak menerima zakat. Pernah Yahya Ibn Sa’id meriwayatkan, Umar melantik beliau memungut zakat di Afrika, setelah selesai memungut zakat beliau mencari orang-orang yang berhajat kepada zakat, tatapi gagal bertemu seorang pun yang boleh diberi bantuan. Lalu beliau membeli beberapa orang hamba sahaya dan memerdekakan mereka bagi pihak kaum muslimin.

Umar Abdul Aziz selalu mengutamakan prinsip, tuntutan moral dan kehendak agama daripada keuntungan politik yang berbentuk duniawi. Dengan keunggulan peribadi dan kehebatan kerajaan yang dipimpinnya, semakin ramai orang bukan Islam memeluk Islam.

Selain daripada kemakmuran hidup, Umar Abdul Aziz telah membawa perubahan yang lebih besar lagi dalam kerajaannya iaitu mangubah kecenderungan dan sikap rakyat jelata. Jika semasa zaman Khalifah al-Walid, perbincangan rakyat lebih tertumpu kepada bangunan dan seni bina kerana itulah kecenderungan al-Walid, Khalifah Sulaiman pula minat kepada perempuan dan majlis makan yang besar, dan itulah menjadi keasyikan dan perbualan rakyatnya. Tetapi dalam masa pemerintahan Umar Abdul Aziz, tajuk-tajuk yang berkaitan dengan sembahyang, doa dan ibadah menjadi topik perbualan utama. Masing-masing bermuhasabah untuk meningkatkan nilai ibadah mereka.

Pembaharuan yang beliau lakukan dalam masyarakat Islam adalah hasil pancaran cahaya rohani dalam dirinya. Keimanan yang teguh, cinta dan takut kepada Allah s.w.t. dan keyakinan terhadap hari pembalasan menjadikan beliau seorang pemimpin agung dalam sejarah Islam. Sehingga ada orang mengatakan beliau adalah khalifah Islam yang kelima daripada Khulafa ar-Rasyidin selepas Sayidina Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali. Andai kata beliau ditakdirkan memerintah lebih lama, sudah pasti dunia Islam akan menyaksikan perubahan yang menyeluruh dalam semua aspek kehidupan. Tetapi kehendak tuhan mengatasi keinginan dan impian manusia. Beliau telah dipanggil mengadap Ilahi setelah dua tahun lima bulan memayungi umat Islam dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w."