Sunday, May 17, 2009

Semua Tahanan Malaysia Di Shoubra Dibebaskan

Alhamdulillah

Baru menerima satu panggilan dari sahabat pimpinan yang menguruskan pelajar yang di tahan di Aboud Shoubra egypt yang memberitahu kesemua mereka yang ditahan telah dibebaskan dengan bantuan Pihak Safarah, en Zainuddin dan Pimpinan PMRAM termasuk mantan Presiden Us Hairul Nizam bin Mat Hussain.

mungkin perkembangan terbaru kita boleh ketahui selepas ini bila mereka telah mengupdate Blog memasing tentang pengalaman mereka di dalam lokap polis mesir dan beberapa pengalaman lain.

Pihak PImpinan DPM (MAQAZ) Shoubra mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk doa doa kalian yang membantu dan memudahkan segala urusan.

Kini diingatkan kepada semua pelajar agar lebih berhati hati setiap masa dan ketika. Pastikan semua pelajar memiliki visa pelajar yang sah untuk tidak menimbulkan sebarang masalah selepas ini.

Kerjasama semua pihak diucapkan terima kasih dan alhamdulillah atas segala kejadian dan ketentuan.

jadikan pengalaman dan peristiwa ini sebagai pengajaran buat kita yang lain

Alhamdulillah

Jazakallah...

Jom kita ziarah banduan yang telah di bebaskan di rumah mereka di Aboud.. tapi jgn datang hari ini kerana mereka nak berehat setelah kepenatan seharian di lokap. Esok yea

Datang jugak jangan tangan kosong. Paling kurang biskut kering. Hehe.

ok.syukran jugak pada wartawan yang melaporkan.

Sumber

Maklumat Terbaru Tahanan Malaysia

Sehingga sekarang jam 4 ptg . 8 orang dari mereka yang di tahan di balai polis aboud shoubra telah dibebaskan.

Berbaki dalam tahanan seramai 4 orang dan mereka penuntut tahun 1 maahad Qiraat shoubra.

Doakan semua mereka di bebaskan.

Pihak PMRAM dan Kedutaan Malaysia sedang giat bertungkus lumus untuk membebaskan meraka.

Tambahan:

1. Kesian us Anuar Pengerusi Shoubra dan semua yang terlibat dari semalam yang masih tidak tidur dan rehat. NTah makan ntah tidak mereka tu

2. Mereka yang ditahan mungkin sedang dahagakan asob*.heee

*asob = air tebu sejuk yang sedap diminum di musim panas.

Sumber

Jangan Panik Apabila Kena Tahan

assalamualaikum

12 pelajar Malaysia di tahan di Aboud Shoubra, Mesir.

Berita mengejutkan ini saya dapat dari rakan yang dapat tahu dari Pengerusi DPM (MAQAZ) Shoubra,Us Anuar roseli.

Berkenaan tangkapan Pelajar Malaysia di kawasan perumahan meraka di Aboud Shoubra lewat petang semalam.

Mereka semua berada di satu imarah(bangunan) yang sama yang menempatkan tiga buah rumah dan kesemua mereka berjumlah 12 orang.

Kesemua mereka di tahan atas alasan yang tidak pasti. Hanya diberitahu untuk mengambil keterangan dan siasatan.

Termasuk juga dalam tahanan itu ialah pelajar wafidin (luar negara) yang lain.

Ketika berita ini ditulis, Presiden PMRAM US Abdul Muiz dan Pengerusi DPM Shoubra masih di balai polis di kawasan Abuod untuk proses mengeluarkan mereka yang ditahan. Ada bersama beberapa pimpinan dari PMRAM dan DPM Shoubra sendiri untuk membantu proses pembebasan.

Jangan risau.InsyaAllah tiada apa yang merisaukan. Cuma kita doakan mereka yang ditahan dibebaskan secepat mungkin kerana mereka ditahan bukan sebab kesalahan tetapi hanya untuk mendapatkan keterangan dan beberapa siasatan.

Kes yang sama pernah berlaku tahun lepas di tempat yang sama dan rumah yang sama iaitu di kawasan Aboud dimana seorang pelajar Malaysia yang ditahan ketika itu.

Berhati hati! Sehari sebelum kejadian di Aboud ini, sekurang kurang nya tujuh orang Polis berpakaian Biasa bukan uniform polis membuat siasatan mengejut (menggeledah) sebuah rumah pelajar malaysia di kawasan Masjid Khazandarah, Shoubra, EGypt.

Sepertimana yang dilaporkan, mereka membuat siasatan terhadap perkara perkara berikut

1. Iqomah (visa) pelajar.
2. Kitab dan majalah berkaitan gerakan dan politik di Mesir seperti IKhwan Muslimin (IM)
3. Data dalam Komputer/Lettop yang berkaitan dengan gerakan Islam dan politik di Mesir.
4. Most visited/viewed pages dalam internet. Kalau ada terbuka laman web IM atau gerakan serta politik di Mesir.

JADI

Dinasihatkan kepada semua pelajar Malaysia di Shoubra dan Mesir agar berhati hati dan berjaga jaga setiap masa sekarang,

Pastikan anda :

1. Memiliki Visa pelajar yang sah. kalau takdak, dok dalam rumah senyap2.hee
2. Tidak melawati laman web gerakan/politik dan yang berkaitan keselamatan Mesir
3. menyimpan ditempat yang memang cari tak jumpa atau Pos terus ke Malaysia kitab majalah akhbar, keratan, stiker atau sebagainya yang berkaitan politik dan keselamatan Mesir
4. Jangan sembang dengan Arab yang tak dikenali.. dan yang nampak mencurigakan..muka macam SB tu jauhkan laa...
5. Banyakkan Berdoa.. agar keselamatan kita semua terjaga dan selamat.

Sekiranya ada polis atau Sb datang ke rumah anda.. Segera menelefon Pengerusi DPM atau pimpinan pelajar secepat mungkin. Jangan buat Terer.hee

Ni no Phone Pengerusi DPM SHOUBRA us ANuar Roseli - +2011 9902856


sebelum terlupa..

sekiranya ada arab datang ketuk rumah dan nak buat siasatan ..di syaki SB atau polis..

1. first, minta ID atau kerneh (kad kuasa polis) bagi memastikan dia benar benar polis
2. Intai kat kawasan pinggang dan belakang dia ada Pistol tak (nak pastikan dia polis betul)

baru benarkan dia check rumah kita. Jangan mudah mudah ja bagi arab masuk rumah, walaupun dia polis, rumah tu tetap rumah kita, bukan rumah dia.hee

Kalau boleh suruh dia buka kasut sebelum masuk rumah.. kita nak solat, dan laluan kita bersih dalam rumah kita.

semasa check...

1. banyakkan berdoa. Selawat
2. Jangan cakap banyak.DIAM
3. Jangan buat tau.Tengok ja apa dia buat
4. Jangan bgtau rumah lain..kalau dia tanya ada rumah lain tak, kata tak tau.Tau rumah pengerusi ja.

Selepas check..

1. Maklum kat pengerusi kata rumah kita kena check.

Ini adalah kHidmat pesanan abang abang lama yang saya ingat dan amalkan...
kalau ada tambahan atau perkara perkara penting lagi yang saya tertinggal.. minta maaf..

harap semuanya selamat... Banyakkan berdoa dan selawat pada Junjungan Baginda.

Doakan 12 sahabat kita keluar.. kerana tika 8.10 pagi ini ..masih dalam tahanan dan tiada berita baru dilaporkan.

Sumber

Wednesday, May 13, 2009

Wednesday, May 6, 2009

Larangan-Larangan

LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN

1. Tidak boleh sama sekali berjimak ketika berada di dalam terlalu kenyang atau terlalu lapar.
2. Mandi setelah makan.
3. Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita
4. Berada dalam keadaan terlalu lapar.
5. Berjaga malam selain dari qiamullail.
6. Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN

1. Memakan daging.
2. Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
3. Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
4. Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas
5. Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang
6. Memakan makanan yang agak manis.

FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT

1. Bercakap banyak.
2. Tidur banyak.
3. Makan banyak.
4. Banyak jimak.

FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN

1. Banyak jimak
2. Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
3. Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri
4. Banyak memakan makanan yang serba masam.

SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT

1. Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air
sejuk (masak)
2. Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.

BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL

1. Tinggalkan dari bercakap kosong.
2. Sentiasa bersugi.
3. Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA, MAKANLAH, JANGAN DI BUANG

Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman, hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan bandannya ke dalam makananan atau minuman itu,kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak beracun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat
syaitan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN

1. Melihat pekara-pekara yang haram.
2. Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
3. Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut
4. Tidak membaca Al-Quran.
5. Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram
6. Mengumpat dan mengata.
7. Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
8. Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
9. Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
10. Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.

LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN

1. Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati
2. Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah
3. Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam

SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT:

1. Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat
2. Selepas berjimak.Selepas makan atau sebelumnya.
3. Ketika sedang makan.
4. Selepas memakan buah-buahan.
5. Selepas keluar dari bilik mandi.
6. Ketika terjaga dari tidur.

CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.

1. Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk
2. Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00 kemudian bersugi. berwuduk dan bersembayang tahajjud.
3. Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar
4. Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus,cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR

1. Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2. Selepas masuk waktu Asar.
3. Tidur di bawah cahaya matahari waaupun terkena separuh dari
badan

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI

Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:

1. Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2. Merosakkan warna kulit
3. Melemahkan jantung.
4. Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5. Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6. Melemahkan kecerdasaan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR

1. Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur

2. Hindarkan dari tidur lewat malam.

3. Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil

4. Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum tidur bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur

5. Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.

6. Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA

1. Banyak melakukan jimak.
2. Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
3. Banyak minum air di waktu pagi.
4. Banyak memakan atau meminum yang seba masam.

SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG

1. Merokok yang berterusan.
2. Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
3. Kurang tidur.
4. Sentiasa mandi di tengah malam.
5. Berjimak di dalam air atau ketika udara terlalu sejuk.
6. Melakukan kerja secara berterusan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN

1. Melihat kepada benda-benda kotor.
2. Melihat kepada palang +/salib.
3. Melihat kepada alat kelamin perempuan atau bayangan luar
4. Duduk dengan membelakangkan kiblat.
5. Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
6. Banyak menangis.

Wallahualam