Tuesday, May 18, 2010

3 Orang Pencuri Berjaya Diberkas



Kaherah, 15 Mei - Kecekapan Pihak Keselamatan Mesir terbukti apabila beberapa orang pencuri dilakangan warga tempatan Mesir ditangkap dalam tempoh tidak sampai 48 jam.

Kecurian yang berlaku di rumah sewa pelajar Kelantan kelmarin menyebabkan mereka kehilangan 3 buah komputer riba, 6 buah telefon bimbit, dan 1 hardisk komputer. Ketika pencuri tersebut ditangkap kira-kira jam 9.30 malam. Pihak Keselamatan Mesir terus menghubungi Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime untuk memberitahu tentang penangkapan tersebut.

Beliau dan beberapa orang pelajar Kelantan terus ke balai polis Qismu Al-Thani' di Haiyu Sadis untuk mendapat maklumat lanjut tentang kes kecurian tersebut. Turut hadir sama Timbalan Setiausaha Agung PMRAM Saudara Mohd Zahid bin Abu Bakar.

Ketika di balai, terdapat 3 orang warga tempatan arab Mesir yang berusia lingkungan 20 tahun mengaku telah melakukan kecurian pada hari Jumaat kelmarin. Hampir kesemua barang yang dicuri itu telah pun dijual kepada rakan mereka.

Walaubagaimanapun, masih berbaki beberapa buah telefon bimbit dan komputer riba yang masih belum dijual.

Jelas Pihak Keselamatan Mesir kepada Presiden PMRAM "3 orang pencuri ini telah mengaku bahawa mereka juga telah memecah masuk beberapa rumah pelajar Malaysia di Kaherah ini. Antara tempat yang pernah dipecah masuk ialah Rumak Wilayah Persekutuan, Rumah Kedah dan lain-lain lagi. Mereka ini mengaku telah mencuri lebih daripada 80 buah komputer riba".

Pihak Keselamatan Mesir mengucapkan jutaan terima kasih kepada PMRAM kerana bertindak pantas dengan membawa mangsa kejadian membuat laporan polis sejurus kejadian ini berlaku. Tindakan menjejak pencuri akan menjadi mudah sekiranya laporan yang dibuat kurang daripada 10 jam daripada waktu kejadian.

Kata Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime "Walaupun Pihak Keselamatan Mesir ini cekap dalam melakukan tindakan, ini tidak bermakna pelajar Malaysia boleh leka dalam bab keselamatan terutamanya ketika waktu solat Jumaat. Kebanyakan kes pecah rumah berlaku ketika pelajar leka dan selalu mengambil dalam mudah bab keselamatan".



Sumber

Thursday, May 13, 2010

Tuesday, May 11, 2010

Siswi Perubatan Zagazig Diganggu Pemandu Teksi Mesir


MANSYIAH SALAM, ISNIN, 10 MEI 2010 : Sekumpulan mahasiswi Fakulti Perubatan yang baru sahaja pulang dari universiti telah diganggu oleh seorang pemandu teksi warga Mesir yang menunggu di luar rumahnya. Berikut adalah kronologi peristiwa tersebut :

11.00 pagi : Sekumpulan mahasiswi pulang dari universiti menuju rumah mereka yang terletak di Salam dikejutkan dengan kedatangan seorang pemandu teksi yang cuba menghampiri mereka sambil menunjukkan kemaluannya. Mereka terus bergegas masuk ke dalam imarah yang berkunci.Pemandu tersebut kelihatan menghubungi seseorang dengan menggunakan telefon bimbitnya.

11.06 pagi : Salah seorang mahasiswi menghubungi AJKT DPMZ, Us Muhammad Zuhaili Zainal Ali dan dalam keadaan yang panik memberitahu keselamatan mereka terancam kerana kehadiran pemandu teksi tersebut.

11.07 pagi : Perkara ini terus diberitahu kepada Pengerusi DPMZ,Us Muhammad Hanif Jamaluddin yang berada di Pejabat DPMZ. Pengerusi DPMZ segera bergegas ke tempat kejadian bersama-sama Us Muhammad Zuhaili dan Us Zul Azri Zainal .

11.10 pagi : Pemandu teksi tersebut berjaya dikesan. Pemandu tersebut meletakkan kereta berhadapan kediaman mahasiswi tersebut. Teksi tersebut seterusnya dikepung. Pemandu tersebut yang telah menyedari kehadiran mahasiswa Malaysia dengan melihat cermin sisi keretanya kelihatan terkejut lalu mengeluarkan rokok dengan serta-merta.

11.11 – 11.22 pagi : Pengerusi DPMZ memperkenalkan diri selaku Rais Ittihad Tulabah Malizia di sini (Ketua Mahasiswa Malaysia di Zagazig) bertanya kepada pemandu tersebut mengenai perbuatan kurang ajarnya terhadap mahasiswi kita. Akan tetapi, pemandu tersebut tidak mengakui perbuatannya.

Pengerusi DPMZ seterusnya berundur ke belakang sedikit dari pemandu tersebut yang duduk di kerusi hadapan kerana menyedari pemandu tersebut mengeluarkan sebilah pisau di sisinya dan dipercayai akan digunakan jika terdesak. Pemandu tersebut masih tidak mengakui perbuatannya walaupun berkali-kali didesak oleh Pengerusi DPMZ.

Sementara itu, mahasiswa kita bersiap-sedia terhadap segala kemungkinan serangan mengejut daripada pemandu tersebut.Pemandu tersebut kelihatan takut setelah diugut oleh Pengerusi DPMZ yang akan melaporkan perbuatannya kepada Mabahis Amni Daulah (pihak keselamatan Mesir) jika tidak beredar dalam masa terdekat.Pengerusi DPMZ sempat menyalin nombor pendaftaran teksi tersebut iaitu RAB 8679 - 8679 راب
  
11.23 pagi : Pemandu tersebut meninggalkan tempat kejadian dengan tergesa-gesa.

1.30 petang : Pengerusi DPMZ dan beberapa AJKT lain membuat beberapa siri rondaan di sekitar kawasan berdekatan tempat kejadian dan mendapati pemandu tersebut berada tidak jauh dari tempat kejadian.Pemandu tersebut kemudiannya beredar.(Dipercayai ternampak mahasiswa Malaysia yang sedang memerhatikannya).

Akibat bimbang peristiwa yang sama berulang semula pihak DPMZ bersiap sedia jika menerima aduan lagi. Pihak DPMZ telah memberitahu beberapa mahasiswa berdekatan dan akan mempertahankan maruah ahli kita dengan sedaya upaya yang mungkin.

5.00 petang : Ketua Unit Hisbah DPMZ, Us Rosdi Latif serta AJKT DPMZ membuat rondaan di sekitar Salam untuk memastikan pemandu teksi tersebut sudah tiada.

Berikutan dengan peristiwa gangguan seksual yang telah berlaku, DPMZ menasihatkan seluruh ahli terutamanya mahasiswi tidak berjalan seorang diri walaupun pada siang hari.Segala bahaya kemungkinan akan berlaku seperti kes kecurian dan gangguan seksual.

Ingatlah, saat kita terlampau berpuas hati dengan keselamatan dan keadaan sekeliling adalah saat yang paling bahaya bagi diri kita.Sekiranya terdapat gangguan lagi sila hubungi Pengerusi DPMZ Us Muhammad Hanif Jamaluddin (0142309120), Ketua Hisbah DPMZ Us Rosdi Latif (0113629766) serta AJKT DPMZ yang lain.Selain itu, seluruh ahli juga digesa untuk mematuhi Ketetapan Hisbah DPMZ demi keselamatan bersama.

Isu Perpindahan : Keputusan Memang Rasmi - Dr Hakim


Terkejut apabila mendengar bahawa keputusan untuk memindahkan mahasiswa wafidin di seluruh muhafazah telah rasmi! Ya, memang tahun depan kena pindah!
Eh... ustaz tahu mana? Dah tabayun ke belum?
Perkara ini telah disebut sendiri oleh Dr Hakim Syarqawi ketika pertemuan bersama dengan pimpinan wafidin, sepertimana yang saya sebutkan di dalam artikel sebelum ini. Dan terdapat beberapa orang mahasiswa Malaysia yang turut sama mendengar kalam tersebut.
Memang beliau mengatakan bahawa keputusan ini sudah rasmi, dan beliau begitu bersungguh untuk mendapatkan respon mahasiswa, untuk dihantar ke al Azhar pusat, bagi membantah keputusan ini.
Amacam? Apa pandangan semua?
Saya masih lagi tertanya-tanya, kenapa JPMK masih lagi bisu dalam masalah ini? Hari tu kata, masih dalam kajian.. sehingga kini kajian tersebut masih dalam proses.. kemudian.. masih dalam proses.. Wahai JPMK, kami perlukan jawapan.

Friday, May 7, 2010

Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar gagal ambil periksa


Mahasiswa kecewa
Kekesalan jelas terpampang di wajah mahasiswa-mahasiswi Maahad Qiraat Al-Azhar sesi kemasukan 2009. Bayangkan jika anda sudah berada di pusat pengajian hampir 7 bulan, setelah bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran, tetapi tidak dibenarkan memasuki peperiksaan. Mereka amat-amat kesal dan kecewa oleh sikap seorang pegawai Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK), bahagian Atase Pendidikan MSD Cairo yang menjadi penyebab mereka tidak dapat memasuki peperiksaan. Anda pasti tertanya-tanya, kenapakah mereka tidak dibenarkan memasuki peperiksaan? Jawapannya ialah disebabkan sikap tidak professional dan tidak ada sifat integriti pada seorang pegawai yang menguruskan bahagian pendaftaran mereka iaitu Encik Khairi Jalaluddin.
Beliaulah punca mahasiswa-mahasiswi Qiraat Al-Azhar lemah semangat untuk meneruskan pengajian. Sedangkan jawatan yang disandangnya ialah bahagian pendidikan. Sepatutnya beliau menjadikan mahasiswa-mahasiswi di Mesir ini bersemangat untuk belajar, tetapi hal sebaliknya telah berlaku. Mahasiswa-mahasiswi Qiraat Al-Azhar tidak dapat menduduki peperiksaan adalah kerana urusan pendaftaran yang masih tidak dapat diselesaikan hingga ke hari ini.
Semua borang-borang yang berkaitan dengan pendaftaran telah pun diserahkan oleh pihak mahasiswa kepada Khairi bahagian Atase Pendidikan MSD Cairo pada bulan Disember 2009 lagi. Tetapi hingga bulan Mei 2010, nama mahasiswa-mahasiswi Maahad Qiraat Al-Azhar masih lagi tiada di maahad. Persoalan yang timbul ialah, Encik Khairi bin Jalaluddin ini menjalankan tugas atau tidak? Dalam jangka masa 5 bulan, amat mustahil jika urusan pendaftaran masih belum selesai.
Berita yang amat mengecewakan lagi ialah apabila beliau selalu mengeluarkan janji-janji manis semata-mata untuk menyejukkan hati mahasiswa-mahasiswi yang bertanya. Pihak pengurusan pelajar telah berjumpa dengan pegawai yang menguruskan sesi pendaftaran ini. Jawapan yang diberikan ialah nama mahasiswa-mahasiswi akan berada di Maahad Qiraat dalam masa 10 hari lagi. Setelah 10 hari dan beberapa kali 10 hari pihak pengurusan pelajar berulang alik bertanya tentang masalah pendaftaran ini seperti yang dijanjikan. Ternyata janji manis bertukar tawar.
Khairi juga telah menjanjikan bahawa hasil pertemuan beliau dengan Syeikhul Al-Azhar untuk menyelesaikan masalah ini akan dimaklumkan. Kemudian beliau bertukar pula kenyataan bahawa beliau akan menyiarkan di dalam laman web Atase pendidikan (http://ataseakademik.blogspot.com) pada 5/6/2010. Hingga hari ini 6/5/2010 tidak disiarkan. Apabila mahasiswa-mahasiswi bertanya, beliau menyuruhnya supaya bertanya kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Apa kaitannya hasil pertemuan itu dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia? Susah sangatkah untuk berlaku jujur? Kemudian apabila ditanya lagi, beliau menyuruh mahasiswa bertanya kepada Encik Zulkifli (pegawai JPMK).
Apa yang mahu diutarakan disini ialah kenyataan beliau yang sering bertukar dan bersifat menipu mengakibatkan mahasiswa-mahasiswi merasa meluat dengan janji-janjinya. Benarkah beliau ingin menjaga kebajikan pelajar di Mesir? Bukankah kewujudan JPMK adalah untuk menjaga kebajikan pelajar? Sungguh kesal dan kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh beliau. Terbaru beliau mengeluarkan kenyataan bahawa mahasiswa-mahasiswi Maahad Qiraat dibenarkan menduduki peperiksaan pada bulan Julai. Kenyataan ini dikeluarkan melalui mulut yang manis! Bukan bertulis.
Mahasiswa-mahasiswi Qiraat merasa amat-amat tertekan dengan adanya pegawai yang bersikap sebegini. Kenyataan peperiksaan boleh diambil pada bulan Julai ternyata membuatkan mahasiswa-mahasiswi Maahad Qiraat tidak percaya akibat beberapa kali telah ditipu oleh beliau. Semoga Allah s.w.t. membalas perbuatannya dengan balasan yang setimpal!
Kami merayu kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah ini supaya tampil membantu kami di sini kerana suara kami semakin dipermain-mainkan oleh beliau. Kami amat berharap kepada pihak berwajib di Malaysia mengambil tindakan yang sepatutnya kepada pegawai ini kerana telah menyebabkan kami susah untuk mengaji di Mesir. Kami amat sedih dan kesal diperlakukan sebegini. Kami datang ke sini adalah untuk menuntut Ilmu, malangnya diperlakukan seperti ini. Sekian, sekadar meluahkan rasa.
Semoga Allah mendengar rintihan kami penuntut ilmu di sini.
Tulisan Khairi 30 April lalu
Saya juga merasa kesal dengan kejadian ini dan mendapat tahu ianya juga berlaku pada tahun-tahun sebelumnya, sebelum saya hadir, ke bumi kinanah ini. Denyut nadi dan rintihan pelajar dapat dirasai menyebabkan saya kurang selera nak makan, saya tak mampu nak jawab semua panggilan telefon dengan masalah pelajar perubatan yang masih juga tertunggak sebelum saya ke sini. Justeru, pihak kami sedang berusaha semaksimum mungkin untuk menjernihkan keadaan, buang yang keruh, ambil yang jernih. Saya datang ke sini untuk menyelesaikan masalah dan tidak ada di hati kecil saya perasaan untuk "memilih bulu" dalam menyelesaikan hal pelajar samada perubatan atau pengajian Islam.
Setakat ini, apa yang saya dapati kenyataan hanyalah dibuat secara lisan "bahawa pelajar Qiraat akan dita'jilkan (dilambatkan) mengambil peperiksaan pada bulan Julai" oleh Syeikh Abdul Baqi, Amin al-Aam Majmak al-Bhuth al-Islamiah pada 29 April 2010 (Khamis). Saksi utama ialah Ustaz Sulaiman Zaki.

Justeru, pihak JPMK berusaha sekali lagi dengan mengaturkan pertemuan dengan Syeikh al-Azhar yang baru Dr. Ahmad Tayyib pada hari Selasa 4 Mei 2010.

Syeikh al-Azhar ini merupakan ulamak yang hebat dan mematuhi undang-undang. Sudah tentu dia mempunyai gaya kepimpinan yang tersendiri dari yang sebelumnya.

Untuk makluman, fail pelajar masih lagi di Idaratul Wafidin al-Azhar, hanya menunggu tandatangan dan persetujuan Syeikh al-Azhar.

Mohon kepada pelajar-pelajar solat hajat, agar dibukakan hati Syeikh al-Azhar yang baru ini supaya beliau bersetuju membenarkan pelajar Qiraat mengambil peperiksaan bertulis pada 8 Mei 2010.

Saya menasihatkan pelajar agar mengulang kaji lagi "hafazan al-Quran secara bertulis" sebelum keputusan secara hitam putih dipaparkan di laman web JPMK.

Saya juga sedang mengumpul maklumat dan punca kelewatan dari pelbagai sumber. Jika ada sebarang maklumat sila hantar e-mail kepada
-->irfankhairi08@gmail.com -->--> , Harapan saya jangan buat spekulasi tetapi carilah jalan untuk menyelesaikan.

"Anggaplah ini adalah sunnah orang yang berjuang. Semoga al-Quran dapat membentuk akhlak kita semua"

Ikhlas dari;

Khairi bin Jalalluddin
Atase Pendidikan (Akademik)