Mahasiswa kecewa
Kekesalan jelas terpampang di
wajah mahasiswa-mahasiswi Maahad Qiraat Al-Azhar sesi kemasukan 2009. Bayangkan
jika anda sudah berada di pusat pengajian hampir 7 bulan, setelah
bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran, tetapi tidak dibenarkan memasuki
peperiksaan. Mereka amat-amat kesal dan kecewa oleh sikap seorang pegawai
Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK), bahagian Atase Pendidikan MSD Cairo
yang menjadi penyebab mereka tidak dapat memasuki peperiksaan. Anda pasti
tertanya-tanya, kenapakah mereka tidak dibenarkan memasuki peperiksaan?
Jawapannya ialah disebabkan sikap tidak professional dan tidak ada sifat
integriti pada seorang pegawai yang menguruskan bahagian pendaftaran mereka iaitu
Encik Khairi Jalaluddin.
Beliaulah punca
mahasiswa-mahasiswi Qiraat Al-Azhar lemah semangat untuk meneruskan pengajian.
Sedangkan jawatan yang disandangnya ialah bahagian pendidikan. Sepatutnya
beliau menjadikan mahasiswa-mahasiswi di Mesir ini bersemangat untuk belajar,
tetapi hal sebaliknya telah berlaku. Mahasiswa-mahasiswi Qiraat Al-Azhar tidak
dapat menduduki peperiksaan adalah kerana urusan pendaftaran yang masih tidak
dapat diselesaikan hingga ke hari ini.
Semua borang-borang yang
berkaitan dengan pendaftaran telah pun diserahkan oleh pihak mahasiswa kepada
Khairi bahagian Atase Pendidikan MSD Cairo pada bulan Disember 2009 lagi.
Tetapi hingga bulan Mei 2010, nama mahasiswa-mahasiswi Maahad Qiraat Al-Azhar
masih lagi tiada di maahad. Persoalan yang timbul ialah, Encik Khairi bin
Jalaluddin ini menjalankan tugas atau tidak? Dalam jangka masa 5 bulan, amat
mustahil jika urusan pendaftaran masih belum selesai.
Berita yang amat mengecewakan
lagi ialah apabila beliau selalu mengeluarkan janji-janji manis semata-mata
untuk menyejukkan hati mahasiswa-mahasiswi yang bertanya. Pihak pengurusan
pelajar telah berjumpa dengan pegawai yang menguruskan sesi pendaftaran ini.
Jawapan yang diberikan ialah nama mahasiswa-mahasiswi akan berada di Maahad
Qiraat dalam masa 10 hari lagi. Setelah 10 hari dan beberapa kali 10 hari pihak
pengurusan pelajar berulang alik bertanya tentang masalah pendaftaran ini
seperti yang dijanjikan. Ternyata janji manis bertukar tawar.
Khairi juga telah menjanjikan
bahawa hasil pertemuan beliau dengan Syeikhul Al-Azhar untuk menyelesaikan
masalah ini akan dimaklumkan. Kemudian beliau bertukar pula kenyataan bahawa
beliau akan menyiarkan di dalam laman web Atase pendidikan (http://ataseakademik.blogspot.com)
pada 5/6/2010. Hingga hari ini 6/5/2010 tidak disiarkan. Apabila
mahasiswa-mahasiswi bertanya, beliau menyuruhnya supaya bertanya kepada pihak
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Apa kaitannya hasil pertemuan itu dengan
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia? Susah sangatkah untuk berlaku jujur?
Kemudian apabila ditanya lagi, beliau menyuruh mahasiswa bertanya kepada Encik
Zulkifli (pegawai JPMK).
Apa yang mahu diutarakan
disini ialah kenyataan beliau yang sering bertukar dan bersifat menipu
mengakibatkan mahasiswa-mahasiswi merasa meluat dengan janji-janjinya. Benarkah
beliau ingin menjaga kebajikan pelajar di Mesir? Bukankah kewujudan JPMK adalah
untuk menjaga kebajikan pelajar? Sungguh kesal dan kecewa dengan sikap yang
ditunjukkan oleh beliau. Terbaru beliau mengeluarkan kenyataan bahawa
mahasiswa-mahasiswi Maahad Qiraat dibenarkan menduduki peperiksaan pada bulan
Julai. Kenyataan ini dikeluarkan melalui mulut yang manis! Bukan bertulis.
Mahasiswa-mahasiswi Qiraat
merasa amat-amat tertekan dengan adanya pegawai yang bersikap sebegini.
Kenyataan peperiksaan boleh diambil pada bulan Julai ternyata membuatkan
mahasiswa-mahasiswi Maahad Qiraat tidak percaya akibat beberapa kali telah
ditipu oleh beliau. Semoga Allah s.w.t. membalas perbuatannya dengan balasan
yang setimpal!
Kami merayu kepada semua
rakyat Malaysia yang mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah ini supaya
tampil membantu kami di sini kerana suara kami semakin dipermain-mainkan oleh
beliau. Kami amat berharap kepada pihak berwajib di Malaysia mengambil tindakan
yang sepatutnya kepada pegawai ini kerana telah menyebabkan kami susah untuk
mengaji di Mesir. Kami amat sedih dan kesal diperlakukan sebegini. Kami datang
ke sini adalah untuk menuntut Ilmu, malangnya diperlakukan seperti ini. Sekian,
sekadar meluahkan rasa.
Semoga Allah mendengar
rintihan kami penuntut ilmu di sini.
Tulisan Khairi 30 April lalu
Saya juga merasa kesal dengan
kejadian ini dan mendapat tahu ianya juga berlaku pada tahun-tahun sebelumnya,
sebelum saya hadir, ke bumi kinanah ini. Denyut nadi dan rintihan pelajar dapat
dirasai menyebabkan saya kurang selera nak makan, saya tak mampu nak jawab
semua panggilan telefon dengan masalah pelajar perubatan yang masih juga
tertunggak sebelum saya ke sini. Justeru, pihak kami sedang berusaha semaksimum
mungkin untuk menjernihkan keadaan, buang yang keruh, ambil yang jernih. Saya
datang ke sini untuk menyelesaikan masalah dan tidak ada di hati kecil saya
perasaan untuk "memilih bulu" dalam menyelesaikan hal pelajar samada
perubatan atau pengajian Islam.
Setakat ini, apa yang saya
dapati kenyataan hanyalah dibuat secara lisan "bahawa pelajar Qiraat akan
dita'jilkan (dilambatkan) mengambil peperiksaan pada bulan Julai" oleh
Syeikh Abdul Baqi, Amin al-Aam Majmak al-Bhuth al-Islamiah pada 29 April 2010
(Khamis). Saksi utama ialah Ustaz Sulaiman Zaki.
Justeru, pihak JPMK berusaha sekali lagi dengan mengaturkan pertemuan dengan Syeikh al-Azhar yang baru Dr. Ahmad Tayyib pada hari Selasa 4 Mei 2010.
Syeikh al-Azhar ini merupakan ulamak yang hebat dan mematuhi undang-undang. Sudah tentu dia mempunyai gaya kepimpinan yang tersendiri dari yang sebelumnya.
Untuk makluman, fail pelajar masih lagi di Idaratul Wafidin al-Azhar, hanya menunggu tandatangan dan persetujuan Syeikh al-Azhar.
Mohon kepada pelajar-pelajar solat hajat, agar dibukakan hati Syeikh al-Azhar yang baru ini supaya beliau bersetuju membenarkan pelajar Qiraat mengambil peperiksaan bertulis pada 8 Mei 2010.
Saya menasihatkan pelajar agar mengulang kaji lagi "hafazan al-Quran secara bertulis" sebelum keputusan secara hitam putih dipaparkan di laman web JPMK.
Saya juga sedang mengumpul maklumat dan punca kelewatan dari pelbagai sumber. Jika ada sebarang maklumat sila hantar e-mail kepada
Justeru, pihak JPMK berusaha sekali lagi dengan mengaturkan pertemuan dengan Syeikh al-Azhar yang baru Dr. Ahmad Tayyib pada hari Selasa 4 Mei 2010.
Syeikh al-Azhar ini merupakan ulamak yang hebat dan mematuhi undang-undang. Sudah tentu dia mempunyai gaya kepimpinan yang tersendiri dari yang sebelumnya.
Untuk makluman, fail pelajar masih lagi di Idaratul Wafidin al-Azhar, hanya menunggu tandatangan dan persetujuan Syeikh al-Azhar.
Mohon kepada pelajar-pelajar solat hajat, agar dibukakan hati Syeikh al-Azhar yang baru ini supaya beliau bersetuju membenarkan pelajar Qiraat mengambil peperiksaan bertulis pada 8 Mei 2010.
Saya menasihatkan pelajar agar mengulang kaji lagi "hafazan al-Quran secara bertulis" sebelum keputusan secara hitam putih dipaparkan di laman web JPMK.
Saya juga sedang mengumpul maklumat dan punca kelewatan dari pelbagai sumber. Jika ada sebarang maklumat sila hantar e-mail kepada
-->irfankhairi08@gmail.com
-->--> , Harapan saya jangan buat spekulasi tetapi carilah jalan
untuk menyelesaikan.
"Anggaplah ini adalah
sunnah orang yang berjuang. Semoga al-Quran dapat membentuk akhlak kita
semua"
Ikhlas dari;
Khairi bin Jalalluddin
Atase Pendidikan (Akademik)