Thursday, May 6, 2010

Isu Qiraat : Mudir Mansurah Sendiri Menghubungi JPMK



Apa cerita. Mudir Mansurah telah menghubungi Khairi dan En Sulaiman, bertanyakan tentang peperiksaan mereka ini.. Akhirnya mereka pun memberitahu bahawa peperiksaan untuk mereka diadakan pada Bulan Julai ini.
Ustaz, betul ke maklumat ustaz ini..? Khairi belum tulis apa-apa lagi di dalam blognya. Takpa, kita tunggu sahaja. Apabila mahasiswa bertanya, beliau sorok-sorok.. Nah, mudir terus yang bertanya.. Nak sorok-sorok lagi?
Saya agak kesal dengan beberapa perangai JPMK yang suka sorok-sorok. Mungkin mereka menyorokkan beberapa maklumat bertujuan mengelakkan tohmahan terhadap mereka. Tapi malangnya, mereka telah membuatkan mahasiswa tertanya-tanya..
Ya, saya pun tertanya-tanya.. Akhirnya, biar Mudir sahaja yang pergi bertanya, kerana bukan setakat mahasiswa tertanya-tanya, Mudir kuliah pun pening dengan perangai pegawai JPMK seperti ini.
Muhasabah kembali. Kami berhak mendapatkan maklumat yang sepatutnya kami tahu. Kalau maklumat rahsia dalam fail JPMK, tu tak perlulah beritahu, dan kami pun tanak tahu. Kami cuma nak tahu apa yang sepatutnya kami tahu.