Di saat tetamu-tetamu Allah di
Tanah Suci sedang beribadat ketika wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah, kita yang
tidak berkesempatan untuk melaksanakan haji, bolehlah melakukan puasa hari
arafah. Puasa sunat Hari Arafah adalah khas untuk mereka yang tidak pergi
menunaikan haji.
Kelebihan
puasa Hari Arafah
Telah tersebut dalam satu
hadith Sahih Muslim yang bermaksud,
Dan Rasulullah SAW ditanya
tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa
setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam
Muslim)
Maka untuk mereka yang
berpuasa pada Hari Arafah akan diganjarkan dengan penebusan dosa setahun
sebelum dan selepas. InsyaAllah. Kalau betul niat, betul cara.
Didalam riwayat lain Nabi saw
bersabda :
“Puasa hari Arafah,
sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya
dan tahun yang sebelumnya” – (Hadith riwayat Tirmidzi)
Daripada Sayyidatina ‘Aisyah
telah berkata :
Tiada dari hari dalam setahun
aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah – (Hadis riwayat Ibnu Abu
Syaibah dan Baihaqi)
Memandangkan Hari Raya
Aidiladha dekat Malaysia jatuh pada hari Ahad 6/11/2011, maka hari Sabtu
5/11/2011 boleh la puasa sunat Hari Arafah. Ajak ramai-ramai puasa sunat Hari
Arafah, insyaAllah ada sahamnya.