Thursday, January 8, 2009

Kelebihan Berpuasa Hari Asyura (10 Muharram) ~ 7 Januari 2009


Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura' IAITU PADA HARI RABU 7 JANUARI 2009 . Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa.

Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN PUASA ASYURA'

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.

Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM
Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

Semoga dengan sedikit info ini akan mengerakkan lagi hati kita untuk terus beramal kepadaNya walaupun di keadaan yang sibuk dengan sebarang urusan sekalipun... Wallahu A'lam...
" Ballighu anni walau ayah ", maksudnya: sampaikanlah kepadaku walau satu ayat...(sayyidina Ali r.a). Sebarkan.

Sunday, January 4, 2009

Sama2 Le Kita Berdoa Demi Keprihatinan Kita Terhadap Saudara2 Islam Kita Yang Sedang Di Zalimi..

Segalanya Selamat..Alhamdulillah...

Assalamualaikum semua…bertemu sekali lg kite dlm tahun baru,setelah sekian lama saya tidak men’update’kan blog tersayang saya ni…segala urusan saya menunaikan umrah n haji selama 4 bulan di Mekah di akhiri dengan selamat…oh Mekah,moga kita bertemu di lain tahun,insyaAllah….


Friday, August 29, 2008

Haji Mabrur Yg Ku Idamkan!

Doakan ku selamat pergi dan kembali...amin Ya Robb!

Wednesday, August 27, 2008

Proton MSX

Mcm best jerk keta ni...

Monday, August 25, 2008

Majlis Konvokesyen Graduan Malaysia Universiti Al-Azhar Mesir 2008


Tahniah kepada mereka yang berjaya...jgn lupa doakan kejayaan kami pula pada tahun hadapan, insyaAllah....amin

Sunday, August 17, 2008

EGP '08 & PROSMA '08


EKSPO GEMPAK PMRAM 2008 (EGP '08)

Antara acara-acara yang menarik :

*Lintas Hormat

*Sukan

*Sukaneka

*Acara Dewan

*Pengisian Ilmiah

*Nasyid dan banyak lagi.......

Dan nantikan kemunculan :

*Bazar PMRAM

*Pameran


Bertempat di : Dataran Haiyu 'Asyir, Iskan Tullab dan Nadi Syabab.

Tarikh : 16 - 19 Ogos 2008.

Banyak lagi acara yang menanti anda...Jangan Lepaskan Peluang Untuk Menyertainya..!!


PROJEK SUMBANGAN AMAL PALESTIN 2008 (PROSMA '08)

Antara Sumbangan Yang Diperlukan :


*Koleksi Pakaian

*Kitab

*Barangan Aksesori

*Kelengkapan Rumah

*Barangan Elektronik

*Makanan Kering

Antara shbt Shoubra yg turut terlibat dgn PROSMA

Serba sedikit barang2an dari PMRAM
Antara pakai2an terpakai yg dijual...

The Plane Of Iran’s President

Agak2 korang kan,PM kiter buat apa ek dlm plane depa sendiri?

Syegol.....

Kelmarin adalah hari terahkir buat sahabat kiter,Syazrul@Syegol berada di bumi Mesir...pd hari tersebut beliau sempat mengkhatamkan talaqqi beliau dgn Syeikh Nabi...ada ler buat kenduri skit2 untuk kiter semua,tp x semuanya dijemput ke kenduri,buat kecil2an je...

Mlmnye, antar beliau ke mator,ramai juge mlm tu yg balik ke Malaysia...dh le x leh masuk ke dlm airport disebabkan keselamatan...terpaksa le buat lambaian terakhir di luar airport...semoga kiter dpt berjumpe di Malaysia kelak!


Thursday, August 14, 2008

Apakah Itu Pedih Hulu Hati?

Pedih hulu hati selalunya dirujuk sebagai senak akibat kandungan asid yang mengalir balik dari perut ke bahagian bawah esofagus. Ia dinyatakan sebagai terasa sakit yang amat sangat di bahagian dada, di belakang tulang dada, menjalar ke atas ke bahagian leher dan tekak. Keadaan ini akan berlarutan selama antara 2-3 jam dan menjadi semakin teruk selepas makan. Gejala lain termasuklah terasa pahit dan masam akibat cecair yang naik ke tekak atau ke mulut. Berbaring atau membongkokkan badan juga boleh mencetuskan pedih hulu hati.


Adakah Pedih Hulu Hati Sebagai Tanda Penyakit Jantung?

Kadangkala pedih hulu hati disalahanggapkan sebagai serangan jantung. Walau bagaimanapun, perbezaan utama antara pedih hulu hati dengan serangan jantung ialah pedih hulu hati ini lazimnya tidak ada kaitannya dengan aktiviti fizikal. Manakala serangan jantung bermula dengan peningkatan aktiviti fizikal atau senaman dan akan beransur lega apabila berehat.

Apakah Penyebabnya?

Rasa pedih atau sakit yang amat sangat itu adalah disebabkan oleh pengeluaran asid yang tertolak naik dari perut melalui injap yang lemah (Sfinkter Esophagus) ke atas. Apabila asid ini naik sampai ke tekak, pesakit akan terasa masam dan pahit di dalam mulutnya.


Faktor-Faktor Yang Menyumbang Kepada Pedih Hulu Hati

• Kegemukan/obesiti
• Makan terlalu banyak
• Muntah
• Sendawa
• Berbaring
• Mengambil makanan yang melemahkan otot injap atau mengganggu esofagus seperti makanan berlemak dan berempah, meminum alkohol, kopi, coklat, minuman ringan bergas, buah-buahan sitrus dan jus atau produk tomato.
• Mengandung
• Proses penuaan biasa
• Mengambil sesetengah ubat seperti Theophylline, Oral Bronchodilator, penyekat kalsium, diazepam, vitamin C dan aspirin.

Penjagaan Sendiri

• Kurangkan berat badan (bagi mereka yang obes)
• Jangan makan terlalu banyak
• Makan sedikit dan elakkan dari mengambil snek di waktu lewat malam
• Hadkan atau elakkan makanan yang boleh menyebabkan pedih hulu hati seperti coklat, makanan berempah dan berlemak, kafein dan sebagainya.
• Jangan berbaring dalam tempoh 3 jam selepas makan
• Berhenti merokok
• Elakkan pengambilan alkohol
• Jangan memakai pakaian yang terlalu ketat
• Angkat kepala katil setinggi 6 inci dengan meletakkan buku telefon/apa-apa blok yang tebal di bawah tilam atau meletakkannya di bawah kaki katil.
• Memantau ubat-ubatan yang diambil
• Berjumpalah doktor atau pegawai farmasi berhubung cara penggunaan ubat-ubat yang dibeli di kedai seperti antasid (untuk menawarkan asid dalam perut) atau penyekat asid seperti H2 Receptor Antagonist (mengurangkan pengeluaran asid dalam perut).

Berjumpalah Doktor Sekiranya...

• Terasa sakit dan sesak nafas dalam satu masa atau gejala-gejala lain yang mirip kepada masalah jantung
• Anda mengesyaki ubat yang diambil menyebabkan pedih hulu hati
• Pedih hulu hati yang berlarutan lebih dari 2 minggu (sejak mulanya serangan) setelah mengambil ubat yang dibeli.

Sumber