org yg bahagia itu akan selalu menyediakan waktu utk membaca,kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu utk tertawa kerana ketawa itu muzik jiwa, menyediakan waktu utk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu utk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu utk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu utk beribadah kerana ibadah itu adalah ibu segala ketenangan jiwa..
Friday, August 29, 2008
Wednesday, August 27, 2008
Monday, August 25, 2008
Majlis Konvokesyen Graduan Malaysia Universiti Al-Azhar Mesir 2008
Sunday, August 17, 2008
EGP '08 & PROSMA '08
EKSPO GEMPAK PMRAM 2008 (EGP '08)
Antara acara-acara yang menarik :
*Lintas Hormat
*Sukan
*Sukaneka
*Acara Dewan
*Pengisian Ilmiah
*Nasyid dan banyak lagi.......
Dan nantikan kemunculan :
*Bazar PMRAM
*Pameran
Bertempat di : Dataran Haiyu 'Asyir, Iskan Tullab dan Nadi Syabab.
Tarikh : 16 - 19 Ogos 2008.
Banyak lagi acara yang menanti anda...Jangan Lepaskan Peluang Untuk Menyertainya..!!
PROJEK SUMBANGAN AMAL PALESTIN 2008 (PROSMA '08)
Antara Sumbangan Yang Diperlukan :
*Kitab
*Barangan Aksesori
*Kelengkapan Rumah
*Barangan Elektronik
*Makanan Kering
Syegol.....
Mlmnye, antar beliau ke mator,ramai juge mlm tu yg balik ke Malaysia...dh le x leh masuk ke dlm airport disebabkan keselamatan...terpaksa le buat lambaian terakhir di luar airport...semoga kiter dpt berjumpe di Malaysia kelak!
Thursday, August 14, 2008
Apakah Itu Pedih Hulu Hati?
Adakah Pedih Hulu Hati Sebagai Tanda Penyakit Jantung?
Kadangkala pedih hulu hati disalahanggapkan sebagai serangan jantung. Walau bagaimanapun, perbezaan utama antara pedih hulu hati dengan serangan jantung ialah pedih hulu hati ini lazimnya tidak ada kaitannya dengan aktiviti fizikal. Manakala serangan jantung bermula dengan peningkatan aktiviti fizikal atau senaman dan akan beransur lega apabila berehat.
Apakah Penyebabnya?
Rasa pedih atau sakit yang amat sangat itu adalah disebabkan oleh pengeluaran asid yang tertolak naik dari perut melalui injap yang lemah (Sfinkter Esophagus) ke atas. Apabila asid ini naik sampai ke tekak, pesakit akan terasa masam dan pahit di dalam mulutnya.
Faktor-Faktor Yang Menyumbang Kepada Pedih Hulu Hati
• Kegemukan/obesiti
• Makan terlalu banyak
• Muntah
• Sendawa
• Berbaring
• Mengambil makanan yang melemahkan otot injap atau mengganggu esofagus seperti makanan berlemak dan berempah, meminum alkohol, kopi, coklat, minuman ringan bergas, buah-buahan sitrus dan jus atau produk tomato.
• Mengandung
• Proses penuaan biasa
• Mengambil sesetengah ubat seperti Theophylline, Oral Bronchodilator, penyekat kalsium, diazepam, vitamin C dan aspirin.
Penjagaan Sendiri
• Kurangkan berat badan (bagi mereka yang obes)
• Jangan makan terlalu banyak
• Makan sedikit dan elakkan dari mengambil snek di waktu lewat malam
• Hadkan atau elakkan makanan yang boleh menyebabkan pedih hulu hati seperti coklat, makanan berempah dan berlemak, kafein dan sebagainya.
• Jangan berbaring dalam tempoh 3 jam selepas makan
• Berhenti merokok
• Elakkan pengambilan alkohol
• Jangan memakai pakaian yang terlalu ketat
• Angkat kepala katil setinggi 6 inci dengan meletakkan buku telefon/apa-apa blok yang tebal di bawah tilam atau meletakkannya di bawah kaki katil.
• Memantau ubat-ubatan yang diambil
• Berjumpalah doktor atau pegawai farmasi berhubung cara penggunaan ubat-ubat yang dibeli di kedai seperti antasid (untuk menawarkan asid dalam perut) atau penyekat asid seperti H2 Receptor Antagonist (mengurangkan pengeluaran asid dalam perut).
Berjumpalah Doktor Sekiranya...
• Terasa sakit dan sesak nafas dalam satu masa atau gejala-gejala lain yang mirip kepada masalah jantung
• Anda mengesyaki ubat yang diambil menyebabkan pedih hulu hati
• Pedih hulu hati yang berlarutan lebih dari 2 minggu (sejak mulanya serangan) setelah mengambil ubat yang dibeli.
Punca Pedih Ulu Hati
Mungkin ramai di kalangan kita pernah mengalami masalah pedih hulu hati.
UJIAN endoskopi dilakukan untuk mengklasifikasikan keadaan dan punca sebenar masalah pedih hulu hati.
Istilah yang kerap diguna pakai dan difahami oleh sebahagian besar masyarakat masa kini diertikan sebagai kesakitan yang hadir secara tidak menentu dan berulang kali biasanya dialami pada bahagian bawah tengah bawah dada.
Pakar Perunding Gastroenterologi, Jabatan Perubatan Hospital Kuala Terengganu (HKT), Dr. Ahmad Shukri Md. Salleh berkata, gejala yang dialami bersama rasa loya dan diikuti dengan muntah-muntah ini sebenarnya hadir dengan gejala yang berbeza-beza antara individu.
Menurut beliau, masalah kesihatan yang kerap berlaku dan dialami oleh pelbagai peringkat umur ini boleh meninggalkan kelegaan apabila berlaku rasa loya diikuti dengan muntah.
“Sesetengah individu mungkin mengalami gejala seperti ini dan sebahagian yang lain mengalami gejala yang berbeza.
“Biasanya pesakit yang loya diikuti dengan muntah akan lega selepas kedua-dua proses ini berlaku,” jelasnya.
Malah, sesetengah pesakit yang lain mungkin terpaksa menjolok tekak mereka kerana tidak tahan dengan kesakitan yang dialami.
Menurut beliau, pedih hulu hati merupakan satu gejala yang boleh disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit atau masalah-masalah kesihatan yang berbeza-beza.
Walaupun kebanyakan kes pedih hulu di hati disebabkan oleh radang di lapisan perut (gastritis) atau peptik ulser, namun masalah ini boleh disebabkan lain-lain penyakit.
“Ini termasuklah radang pankreas, radang hati (hepar), radang apendiks, kanser hati, aortic aneurysm, radang pundi hempedu dan juga boleh disebabkan oleh serangan jantung dan jangkitan kuman di paru-paru (pneumonia),” katanya.
Dr. Ahmad Shukri memberitahu, jika pedih hulu hati ini berpunca daripada radang saluran makanan (esofagitis), sakit yang bermula di bahagian hulu hati akan naik ke atas yang dikenali sebagai heartburn.
Keadaan ini mengakibatkan pesakit mengalami rasa panas pada bahagian depan dan belakang dada.
“Sebaliknya, sesetengah pesakit akan rasa pahit kerana asid naik ke dalam mulut,” katanya.
Menurut beliau, selain batu di saluran hempedu, radang pankreas juga berlaku kerana tabiat meminum minuman keras dalam jangka masa yang lama dan dengan jumlah yang banyak.
Tambahnya, kehadiran cacing ascaris yang hidup dalam usus kerana pesakit kurang menitikberatkan aspek kebersihan juga boleh menyebabkan radang pankreas.
“Radang pundi hempedu yang berpunca daripada batu dalam hempedu (cholecystitis) turut menyebabkan pedih hulu hati,” katanya.
Mengenai makanan tertentu yang menyebabkan berlakunya pedih hulu hati, Dr. Ahmad Shukri memberitahu, bukan semua individu yang mengalami masalah pedih hulu hati disebabkan oleh faktor pemakanan.
“Sesetengah individu mungkin tidak boleh mengambil makanan yang pedas, berlemak atau minuman yang bergas, sebaliknya mungkin sesetengah yang lain tidak mempunyai masalah,” ujarnya.
Masalah pedih hulu hati ini jika dibiarkan boleh menjejaskan prestasi kerja atau akademik seseorang.
Pada peringkat yang serius, pesakit terbabit mungkin perlu dimasukkan ke wad dan perlu mengambil cuti sakit.
Ketika ditanya sejauh manakah persekitaran boleh mengakibatkan pedih hulu hati, Dr. Ahmad Shukri tidak menafikan jika individu terbabit berlatar- belakangkan keluarga yang sering berdepan dan gagal menangani tekanan, mereka juga terdedah kepada risiko penyakit ini.
Bagaimanapun, di kalangan pesakit yang terdiri daripada golongan remaja, hasil ujian endoskopi mendapati sebahagian besar daripada mereka yang mengalami masalah pedih hulu hati menunjukkan mereka adalah normal.
“Kebanyakan pesakit dari kumpulan ini tidak menghidap gastrik atau ulser dan golongan ini dikategorikan sebagai non ulser dyspepsia,” katanya.
Bagi kumpulan ini, masalah pedih hulu hati yang dialami berpunca sama ada akibat tekanan atau faktor pemakanan.
Jelas beliau, pengambilan ubat ponstant bagi mengurangkan kesakitan ketika haid boleh menimbulkan pedih perut di kalangan wanita.
Sementara itu, sebahagian pesakit yang mengambil aspirin bagi merawat penyakit jantung, angin ahmar dan lain-lain juga pernah mengadu sakit di bahagian hulu hati yang berpunca daripada radang perut (gastritis).
Tambah beliau, biasanya pesakit yang mengambil ubat-ubatan untuk sakit tulang dan sendi seperti NSAIDs akan mengalami kesan sampingan yang serius seperti pedih perut.
“Di kalangan mereka yang menghidap peptik ulser ini, 90 peratus daripada mereka mengadu pedih hulu hati,” ujarnya.
Bagi mencegah pedih hulu hati di kalangan mereka yang belum mengalaminya, langkah sebaik-baiknya ialah mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Pengambilan makanan yang betul dan sesuai, tidak merokok atau mengambil minuman keras dan tidak mengambil ubat-ubatan NSAIDs tanpa nasihat doktor adalah langkah terbaik.
“Mematuhi jadual makanan yang ditetapkan dan pengambilan makanan yang sedikit tetapi kerap juga dapat membantu mengatasi masalah ini,” katanya.
Bagaimanapun, sebaik-baiknya pesakit menjalani pemeriksaan doktor dan ujian ultrasound bagi memastikan keadaan sebenar.
DIAGNOSA
Doktor akan melihat sejarah pesakit bagi mengklasifikasikan keadaan dan punca sebenar masalah pedih hulu hati.
Pemeriksaan ini membabitkan ujian X-ray, ultrasound dan endoskopi.
* Ujian X-ray
Ujian ini untuk melihat bahagian dada dan abdomen. Pada masa yang sama, ujian X-ray dengan larutan barium boleh dilakukan untuk melihat ulser.
Bagaimanapun, kaedah ini tidak membolehkan contoh tisu diambil jika ulser ditemui.
*Ujian ultrasound
Ini bertujuan untuk melihat sama ada terdapat batu pada pundi hempedu atau saluran hempedu, bengkak atau kanser pada hati dan pankreas.
* Ujian endoskopi
Ujian yang juga dikenali sebagai gastroskopi ini merupakan satu ujian menggunakan alat skop sebesar jari kelingking yang dimasukkan melalui mulut.
Melalui pemeriksaan ini, saluran makanan, perut dan usus kecil dapat dilihat dengan jelas sama ada ulser perut berlaku atau sebaliknya.
Bagaimanapun jika doktor mendapati ada bahagian yang tidak normal, sedikit contoh tisu akan diambil untuk pemeriksaan lanjut kerana ulser perut boleh menyebabkan kanser.
RAWATAN
Jika puncanya dapat dikenal pasti, masalah ini boleh dirawat.
Rawatan ubat-ubatan seperti antacids iaitu sejenis cecair berwarna putih yang mengandungi magnesium atau aluminium yang berfungsi mengalkalikan asid dalam perut dapat membantu mengurangkan kesakitan.
Sekiranya pesakit mengalami radang esofagus, radang perut atau ulser perut, rawatan dengan H2-receptor antagonist atau proton pump inhibitor akan mengurangkan kandungan asid dalam perut secara berkesan.
Bagi mereka yang mengalami gejala ini disebabkan oleh aspirin atau NSAIDs, mereka dinasihatkan menghentikan pengambilan ubat ini dan berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Bagaimanapun, seseorang yang telah pulih daripada masalah ini masih berisiko untuk mendapat sakit itu semula jika puncanya tidak dirawat dengan sempurna.
KOMPLIKASI
Masalah kesihatan yang boleh dirawat ini jika dibiarkan boleh mendedahkan seseorang kepada risiko mendapat pendarahan dalam perut.
Keadaan ini boleh menyebabkan najis pesakit menjadi hitam atau melekit seperti tar.
Sekiranya ulser tersebut pecah, ia akan menyebabkan kesakitan di seluruh bahagian perut (peritonitis) dan keadaan ini memerlukan pembedahan segera.
Sekiranya ulser tersebut terjadi di bahagian antara perut dan usus kecil ia boleh menyebabkan penyumbatan pada perut.
Keadaan tersebut akan menyebabkan pesakit muntah, rasa cepat kenyang dan tubuh menjadi susut.
Thursday, July 24, 2008
Tuan Guru Nik Aziz Raih Anugerah Keamanan Nobel Versi Asia
Tahniah buat TG Nik Aziz dengan pemberian anugerah daripada Gusi Peace Prize Foundation yang beribu pejabat di Manila. Anugerah keamanan Gusi ini diadakan setiap tahun dan dikatakan 10 hingga 15 tokoh akan dipilih untuk mendapat anugerah yayasan itu.
Anugerah ini akan disampaikan oleh Ketua Yayasan Gusi, Barry Gusi , Insyaallah pada bulan November ini di Manila, Filipina.Menurutnya, TG Nik Aziz adalah tokoh kedua dari Malaysia yang memenangi anugerah ini.
Sebelum ini, anak Kelantan, Datuk Ismail Mohammad dianugerahkan pada 2006 menggantikan Tun Dr Mahathir yang dikatakan tidak boleh hadir untuk menerima anugerah itu pada tahun tersebut. Ini kerana peraturan yayasan mengatakan bahawa penerima anugerah hendaklah menghadirkan diri dan terima sendiri anugerah yang diberikan.Untuk tahun ini, sebanyak 1,490 orang tokoh dicalonkan di seluruh dunia sebagai penerima anugerah itu. Anugerah ini boleh dikatakan sebagai anugerah Keamanan Nobel versi Asia, menurut Barry Gusi.
Sekali lagi, tahniah diucapkan buat TG Nik Aziz. Semoga dengan pemberian anugerah ini dapat membuka mata Malaysia secara amnya dan dunia, khasnya. Orangkita mengharapkan media arus perdana berbahasa Melayu dapat menyiarkan artikel anugerah yang diperolehi oleh TG Nik Aziz ini di dada akhbar mereka. Biar semua orang nilai sendiri ketokohan TG Nik Aziz ini.
Tolong jangan diamkan cerita begini wahai media arus perdana khasnya 'Utusan Meloya' dan 'Berita Hairan'.
Friday, July 18, 2008
Monday, July 14, 2008
Pilih Pakatan Rakyat Ganti Kerajaan Umno/BN
Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat |
Permintaan Umno supaya "Yang di-Pertuan Agong campurtangan bagi menangani penghakisan hak-hak keistimewaan bumiputera" (Utusan Dia sendiri telah secara muktamad mengesahkan kegagalan parti itu sebagai pembela orang Melayu. Sudah selama 50 tahun dia membela(?). Nasib orang Melayu menjunam dalam hampir semua pentas; agama, bangsa, tanah dan air. Bertolak dari kegagalan agama yang boleh disukat melalui pemisahan pemerintahan dengan Islam, menukar Islam sejati dengan Islam Hadhari, gejala ratusan ribu umat Islam yang murtad, sejuta penagih dadah, bangsa Melayu yang kekacauan identiti dan jati diri dari segi bahasa, adat, budaya dan budi; tanah rezab Melayu yang semakin susut serta terjual dan tergadainya tanah, air dan pasir dalam bentuk pukal akibat rundingan dan perjanjian yang tidak cermat dengan negara jiran. Jika orang Umno asyik minta Yang Di-Pertuan Agong campur tangan untuk memperbetulkan setiap kali kesalahan yang dibuat mereka, sedarkah Umno bahawa Yang di-Pertuan Agong inipun adalah Raja bagi seluruh warganegara. Apa kata jika mereka pun mengangkat memorandum balas membantah dasar-dasar diskriminasi Umno terhadap segala ketidakadilan Umno. Ini semua bertolak dari perletakan paksi perjuangan yang salah. Jika Umno dari awal tidak meletakkan paksi bangsa dalam perjuangannya, bahkan meletakkan Islam sebagai asas, saya percaya keadaan tidak jadi setenat ini. Apabila Umno membesar-besarkan bangsa, mengibar keris telanjang, mengacah dan mengucup keris berterusan, orang bukan Melayupun boleh gerun. Apabila naluri manusia terasa terancam, mereka pada logiknya juga akan menggunakan sentimen bangsa sebagai perisai pertahanan yang sama. Mereka akan mengumpul dan menggunakan persamaan dan perkongsian sentimen sebagai benteng pertahanan. Ini segala-galanya berpunca dari Umno. Sebab itu, polemik mengenai perpaduan nasional tidak pernah selesai. Jika Islam yakin bahawa kaedah pengagungan bangsa adalah formula yang tepat, sudah lama Nabi SAW menggunakan keunggulan suku bangsa Quraisy sebagai tunjang perpaduan kaum. Semua orang diwajibkan menerima Quraisy segagai bangsa "superior". Soalnya, kenapa Nabi Junjungan kita tidak memilih berbuat begitu? Bahkan sebaliknya, Baginda menempelak asobiyah bangsa dengan sepotong sabda bermaksud, "tiada kelebihan bangsa Arab atas bangsa ?Ajam kecuali dengan taqwa." Kini sesudah 50 tahun, tanpa diatur dan ditunjuk-tunjuk oleh pemimpin Umno sekalipun, orang Melayu sudah lama tahu punca silapnya orang Melayu. Mereka sangat tahu bahawa kegagalan ini disebabkan pengkhianatan pemimpin Umno dahulu dan sekarang yang tergamak memperkuda dan memperhambakan Melayu sesama Melayu. Berselindung di sebalik istilah bumiputera, mereka (Umno) ratah daging dan darah sesama Melayu. Jika adapun usaha, mereka cuma berminat mengada-adakan projek yang boleh memperkayakan segelintir pemimpin Umno dan kroni. Lihat sahaja isu di sekitar penjualan pasir satu waktu dulu, penguasaan saham di ECM Libra, Scomi, pembelian bas-bas RapidKL, isu kapal selam, siapa berada dibelakang Bernas dan terkini pula berbangkit soal tuduhan penglibatan pemimpin Umno dalam kontrak pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah di Sepang atau disebut LCCT. Saya cuma sedut beberapa contoh untuk sekadar menggambarkan perihal curiganya rakyat terhadap kerja Umno yang kononnya membela orang Melayu. Bila terdesak rapat ke dinding, mulalah panggil Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. Satu masa nanti, jangan terkejut jika Kebawah Duli Raja-Raja Melayu kitapun boleh tiba ke tahap meragui keupayaan Pemimpin Negara yang ada sekarang. Di peringkat itu, saya tidak tahulah apa yang akan terjadi. Sekarang, benih yang salah, yang ditanam 50 tahun lalu sudah berbuah. Ia beracun dan cukup pahit bila dimakan. Ia telah menimbulkan loya dan sedang menyebabkan muntah-muntah di kalangan Melayu dan bukan Melayu. Hakikat jatuhnya hampir separuh kerajaan-kerajaan negeri dari tangan Umno/BN dalam pilihan raya 8 Mac lalu adalah testimoni. Ini berbeza dengan PAS. Kita tidak bermuka-muka. Kita mahukan Islam sejak dari tahun 1951 hingga kini dan Insya Allah, hingga sampai ke hari kiamat. Jika Umno bermula dari Islam sejak awal penubuhannya, tentu keadaan tidak menjadi begini. Dengan menolak Islam dan mengambil faham kebangsaan, Umno secara terbuka sanggup mendepani mana-mana gerakan siasah yang mahukan Islam. Bermacam-macam tindakan zalim telah dibuat walaupun di luar lingkungan keizinan demokrasi. Dalam banyak hal, dia (umno) memperalatkan kuasa majoriti yang diperuntukkan dalam amalan demokrasi untuk menyekat dan menyusahkan pergerakan dan kemajuan agamanya sendiri. Saya masih ingat lagi bagaimana ramai ulama?, ustaz dan aktivis Islam ditangkap dan disiksa. Ada Adun PAS yang mati dikapak di tengah-tengah pekan Kota Bharu pada tahun 1960an. Ada Adun dari Pasir Mas yang disumbat ke dalam penjara hingga menjadi hilang ingatan. Di Kedah pula, 14 orang ustaz dan orang awam dikepung dan ditembak hidup-hidup pada tahun 1986. Memali tiba-tiba menjadi kolam darah yang mengambus jasad syuhada, pejuang dan para wali. Tanpa segan silu, Umno jugalah yang menafikan banyak peruntukan pusat dari mengalir ke Kelantan dan Terengganu. Siapa berani mengatakan bahawa sekatan penerimaan royalti minyak kepada Kerajaan Negeri Terengganu diantara tahun 1999 ? 2004, misalnya, tidak berunsur politik? Kini, Umno memutuskan Kerajaan Terengganu diberikan semula royalti kerana diperintah oleh Umno/BN. Tidak zalimkah lagi? Lihatlah betapa siksanya pejuang-pejuang, penyokong-penyokong dan pencinta Islam untuk hidup di bawah dasar-dasar kemelayuan Umno yang melampau. Pendek kata, terlalu panjang senarai kezaliman yang dilakukan oleh Umno kerana mengambil kebangsaan dan meninggalkan Islam. Kini setelah 50 tahun, segala kudis, nanah, panau dan kurap penyakit asobiyah telah keluar ke permukaan. Belum reda dengan kemarahan rakyat mengenai kenaikan harga petrol, rakyat dihidangkan pula dengan berita terlepasnya Pulau Batu Putih daripada tangan Malaysia. Entah. Saya tidak nampak cahaya lagi di hujung terowong masa depan untuk Malaysia baik dunia atau akhirat selagi berada di bawah Umno/BN. Majoriti rakyat pun saya kira sudah berkesimpulan begitu. Ini boleh dikesan melalui pelbagai tulisan-tulisan kekecewaan baik di akhbar perdana, warta-warta mingguan, media-media nyamuk dan suara-suara berita dari akhbar-akhbar alternatif. Jika orang muda yang selalu buka laman web dan blog, fenomena ini semakin jelas. Apa yang ada di hadapan rakyat sekarang cuma satu sahaja iaitu memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan alternatif. TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT 6 Rejab 1429/ 9 Julai 2008. |
Friday, July 11, 2008
UNCLASSIFIED: An Incredible Love Story
An incredible love story has come out of China recently and managed to touch the world.
It is a story of a man and an older woman who ran off to live and love each other in peace for over half a century.
The 70-year-old Chinese man who hand-carved over 6,000 stairs up a mountain for his 80-year-old wife has passed away in the cave which has been the couple's home for the last 50 years.
Over 50 years ago, Liu Guojiang a 19 year-old boy, fell in love with a 29 year-old widowed mother named Xu Chaoqin..
In a twist worthy of Shakespeare's Romeo and Juliet, friends and relatives criticized the relationship because of the age difference and the fact that Xu already had children.
At that time, it was unacceptable and immoral for a young man to love an older woman.. To avoid the market gossip and the scorn of their communities, the couple decided to elope and lived in a cave in Jiangjin County in Southern ChongQing Municipality.
In the beginning, life was harsh as hey had nothing, no electricity or even food. They had to eat grass and roots they found in the mountain, and Liu made a kerosene lamp that they used to light up their lives.
Xu felt that she had tied Liu down and repeatedly asked him, 'Are you regretful? Liu always replied, 'As long as we are industrious, life will improve.'
In the second year of living in the mountain, Liu began and continued for over 50 years, to hand-carve the steps so that his wife could get down the mountain easily.
Half a century later in 2001, a group of adventurers were exploring the forest and were surprised to find the elderly couple and the over 6,000 hand-carved steps. Liu MingSheng, one of their seven children said, 'My parents loved each other so much, they have lived in seclusion for over 50 years and never been apart a single day. He hand carved more than 6,000 steps over the years for my mother's convenience, although she doesn't go down the mountain that much.'
The couple had lived in peace for over 50 years until last week. Liu, now 72 years, returned from his daily farm work and collapsed. Xu sat and prayed with her husband as he passed away in her arms. So in love with Xu, was Liu, that no one was able to release the grip he had on his wife's hand even after he had passed away.
Xu spent days softly repeating this sentence and touching her husband's black coffin with tears rolling down her cheeks.
In 2006, their story became one of the top 10 love stories from China , collected by the Chinese Women Weekly. The local government has decided to preserve the love ladder and the place they lived as a museum, so this love story can live forever.