PERTAMA: MAJLIS PERKAHWINAN
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi,
Memberi makan pada hari pertama adalah wajib[wajib diadakan dan wajib dihadiri],menberi makan pada hari kedua adalah sunnah [suatu yang tidak ditegah,dan hukum menghadirinya adalah sunnah],dan memberi makan pada hari ketiga adalah sum'ah[riya serta menunjuk-nunjuk].
Wajib mengadakan jamuan dan menghadirinya pada hari pertama adalah disisi mereka yang berpendapat walimah atau mengadakan kenduri perkahwinan itu wajib atau sunnah muakad.Begitu juga sunnah mengistiharkan perkahwinan dan tiada salahnya bergembira dan berseronok dengan nyanyian dan pukulan gendang asalkan adabnya terpelihara,
Rasulullah SAW bersabda; Bezakan antara halal dan haram[maksudnya lelaki dan perempuan halal setelah berkahwin]dengan suara[nyanyian yang diharuskan,zikir dan ucap tahniah] dan pukulan gendang.
KEDUA:BERAKHLAK BAIK TERHADAP ISTERI.
Firman Allah Taala:
Gaulilah mereka dengan adab yang baik. Ini merangkumi tutur kata yang lunak,bersikap adil bersama isteri sekiranya si suami berpoligami,memberi nafkah,bermesyuarat dengan isteri dalam urusan rumah tangga,menutup kelemahan isteri dan lain-lain lagi.Islam juga menegah suami mengambil semula pemberian mahar yang telah diserahkan kepada isteri yang pertama sekiranya ia berhasrat mengahwini isteri yang kedua sebagai satu penghormatan kepada kaum hawa.
Allah berfirman: Dan sesungguhnya mereka[isteri-isteri kamu]telah mengambil perjanjian yang kuat dari kamu.
Rasulullah SAW bersabda agar kita berlemah lembut dengan isteri: Wahai Anjasyah,perlahan sedikit memacu unta kerana yang menunggang sekarang adalah bekas kaca[wanita yang sifatnya lembut]
Demikianlah Rasulullah menyifatkan kelembutan wanita.Sekiranya si suami tidak bijak sana nescaya,banyak kecelakaan yang tidak diduga akan berlaku.
KETIGA:MERAIKAN ISTERI.
Rasulullah SAW sentiasa menjaga perasaan isteri baginda,dan pandai menambat hati mereka dengan bergurau senda dan bermesra.
Rasulullah SAW bersifat keanak-anakkan ketika bersama isteri baginda.meskipun baginda seorang pahlawan di medan perang. sememangnya sikap wanita suka dimanjakan dan dibelai oleh seorang suami,jadi seorang suami mestilah pandai meletakkan dirinya sedarjat dengan isterinya untuk mengelakkan rasa canggung dan rendah diri antara kedua pihak ketika bersama,pernah diriwayatkan oleh Abu Daud dan Al-Nasai Bahawa Rasulullah SAW pernah berlumba lari dengan saidatina Aisyah,dan dalam riwayat yang lain oleh Tarmizi dam Muslim,
Rasulullha bersabda: Mukmin yang paling sempurna ialah yang paling baik akhlaknya dan paling lemah lembut bersama isterinya.
KEEMPAT:BERSEDERHANA PADA SIFAT CEMBURU.
Apa yang dimaksudkan dengan cemburu disini ialah keperhatinan melampau suami terhadap tindak-tanduk isterinya dan telalu mengawasi gerak langkahnya.Islam menegah sifat keterlaluan dan melampau dalam menjejaki tindak-tanduk isteri dan terlalu menghidu kesilapan dan kepincangannya. Islam menegah merisik-risik atau mengintip keaiban isteri,sehingga tertanam rasa buruk sangka terhadap isteri dan terlalu mengorek rahsia yang tersembunyi.
Saidina Ali pernah berkata: "janganlah kamu terlalu cemburu terhadap isteri kamu sehingga melemparkan prasangka buruk terhadapnya"
Manakala sifat cemburu atau sifat perihatin yang kena pada tempatnya adalah suatu yang terpuji dan digesa oleh syara' seperti sentiasa perihatin mengawasi isterinya dalam menutup aurat,menundukkan pandangan,menjaga batas pergaulan,menjaga kehormatan diri dan lain-lain lagi. Rasulullah pernah bersabda:"sesungguhnya Allah bersifat cemburu dan mukmin juga bersifat cemburu ,Allah bersifat cemburu[sensitif]jika seorang mukmin itu mendatangi perkara yang diharamkannya.
KELIMA:BERSEDERHANA MEMBERI NAFKAH.
Bersederhana dalam memberi nafkah maksudnya tidak terlalu bakhil dah tidak terlalu boros.perkara yang paling baik adalah yang pertengahan.
Firman Allah dalam surah Al-A'raf ayat 31; "Wahai anak-anak adam!pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ketempat ibadah[atau mengerjakan sembahyang],dan makanlah serta minumlah,dan jangan pula kamu melampau ,sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampau batas",
Demikianlah islam mendidik para hambanya.Islam tidak menghalang fitrah hambanya yang sukakan keindahan dan kecantikan.Islam tidak melarang memakai pakaian yang cantik asalkan sanggup menjaga batas-batas yang digariskan oleh syara dan tidak membazir.
Firman Allah dalam surah Al-Isra ayat 29; "Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu,dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya,kerana akibatnya akan tinggalah engkau dengam keadan yang tercela serta kering keputusan.
KEENAM:MEMBERI PENDIDIKAN YANG SEMPURNA.
Seorang isteri perlu mengetahui hukum-hakam agama seperti bersuci,bagaimana melayan suami, hukum-hakam solat,berpuasa,zakat,haji.hak-hak jiran tetangga,anak-anak yatim,anak yatim dan lain lagi,kerana isteri adalah yang paling rapat dengan anak-anak berbanding suami yang sebuk dengan urusan luar,akan tetapi suami adalah yang bertangguangjawab dalam menyelamatkan keluarganya dari api neraka.
KETUJUH:BERADAB MENGAULI ISTERI.
Sebelum suami mengauli isterinya[berjima],islam menyarankan agar dimulakan dengan membaca bismillah serta membaca surah Al-Ikhlas dan doa-doa lain.demikian juga disunatkan melakukan perhubungan suami isteri pada malam jumaat,sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullhah SAW .islam juga menegah suami hanya mementingkan dirinya sahaja dalam melakukan hubungan seks sehinggga mengabaikan kepuasan isteri,sebaiknya suami bijaksana dalam membangkitkan syahwat isteri sehingga kedua-duanya bersama merasai kemuncak seks.Islam juga menegah suami mengauli isteri ibarat haiwan,yang melampaui batas-batas kemanusiaan.
Demikianlah kehebatan islam dalam mengatur kehidupan penganutnya sehingga pekara yang bersangkutan suami isteri turut dinyatakan garis panduannya untuk menjamin kebahagian kehidupan muslim.Islam juga menganjurkan suami mengauli isteri selang empat hari sekali dan inilah yang paling sederhana.
KELAPAN:TIDAK MEMBUKA RAHSIA ISTERI.
Rasulullah SAW memuliakan rahsia kehidupan suami-isteri serta menghormati rahsia isteri dalam hubungannya bersama suaminya. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh imam Ahmad dan Muslim: "Bahawa satu perbuatan yang sangat tercela ialah lelaki yang menyebarkan rahsia hubungan bersama isterinya kepada orang lain.
Hubungan suami-isteri adalah rahsia peribadi kehidupan rumahtangga yang perlu dipeliharadan juga melibatkan soal maruah.
KESEMBILAN:KESETIAAN.
Antara kemurniaan dalam kehidupan berumahtangga ialah kesetiaan.kita boleh meneladani bagaimana kesetiaan Rasulullah terhadap khadijah,meskipun baginda telah mengahwini aisyah yang jauh lebih muda dari khadijah.Ketika seorang tua yang bernama Juthamah Al-muzaniah pernah datang menemui rasulullah,Aisyah bertanya kepada Rasulullah siapakah wanita tersebut yang membuatkan rasulullah menyambutnya sedemikian rupa.
Rasulullah menjawab:"Wanita itu pernah datang ketika aku hidup bersama khadijah,lantas aisyah berkata:"tiada wanita yang aku paling cemburui diantara wanita di alam maya ini melainkan saidatina khadijah" .Rasulullah sering mengingati khadijah,sehingga aisyah mengeluh seakan tiada wanita lain di dunia ini melainkan khadijah.
Lantas Rasulullah menjelaskan kepada aisyah: "Khadijah adalah wanita yang paling mulia dan bijak sana.Dia beriman denganku disaat semua manusia kufur denganku,ia membenarkan kata-kataku ketika semua manusia mendustaiku,ia meredakanku dengan hartanya ketika kaum kufar menyekatku".
Rasulullah dikurniakan anak ketika bersama khadijah dan kesemua anak rasulullah adalah dari benih khadijah.Rasulullah juga memperolehi segala-galanya bersama khadijah dan baginda tidak mengahwini wanita lain selama baginda bersama khadijah, kecuali setelah khadijah dijemput tuhan barulah rasulullah mengahwini saidatina aisyah.Ini semualah yang menyebabkan ingatan rasulullah terhadap khadijah terlalu kukuh sehinggakan menyebabkan aisyah merasa cemburu.