Thursday, April 9, 2009

Sebahagian Wasiat Rasulullah S.A.W. Kepada Saidina Ali R.A

Sabda Rasulullah SAW:
"Wahai Ali !

1) Orang yang murah hati itu hampir kepada Allah, hampir kepada rahmatNya dan jauh daripada siksaanNya. Dan orang yang kikir itu jauh drp Allah, jauh drp rahmatNya dan hampir kepada siksaanNya.


2) Sesiapa yang memberi makan kepada seorang muslim dengan senang hati, nescaya Allah tuliskannya 1000 kebajikan, dihapuskan 1000 kejahatan dan diangkat 1000 darjat.


3) Bersedeqahlah untuk keluargamu yang telah mati. Allah SWT telah mewakilkan beberapa malaikat yang akan membawa sedeqah orang yang hidup kepada orang yang mati itu, maka sukacitalah mereka (orang mati) lebih daripada sukacitanya semasa di dunia sambil berkata : Ya Tuhanku, ampunilah orang yang menerangkan kubur kami dan gembirakanlah dia dengan syurga sebagaimana dia telah mengembirakan kami dengan sedeqahnya.


4) Banyak tidur itu mematikan hati dan menghilangkan keelokan. Banyak dosa itu mematikan hati dan mewariskan penyelesaian.


5) Jika Allah murka terhadap seseorang nescaya ia beri rezeki harta yang haram. Apabila ia sangat murka terhadapnya, nescaya ia wakilkan syaitan yang memberkatkan hartanya yang haram itu.Lalu syaitan itu menjadi kawannya dan menyibukkannya daripada urusan agamanya dengan dunia, serta ia mudahkan kepadanya segala urusan dunianya sambil berkata : Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

6) Wahai Ali ! Tiada agama bagi orang yang tidak takutkanNya. Tiada akal bagi orang yang tidak ada pemeliharaannya Tiada iman bagi orang yang tidaka ada wara'nya Tiada ibadah bagi orang yang tidaka ada ilmunya Tiada perikemanusiaan bagi orang yang tidaka ada sedeqahnya Tiada keamanan bagi orang yang tidaka ada rahsianya Tiada taubat bagi orang yang tidaka ada taufik baginya Tiada kemurahan hati bagi orang yang tidaka ada malunya

7) Sebaik-baik manusia di sisi manusia ialah orang dapat memberi manfaat kepada manusia lain. Manusia yang paling jahat ialah orang yang panjang umurnya dan buruk amalannya. Manusia yang paling baik ialah yang panjang umurnya dan baik amalannya. Dan manusia yang paling dibenci Allah ialah makan bersendirian dan menegah kawannya, memukul hambanya, memuliakan orang kaya dan menghina orang fakir. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang hidup dalam keadaan haram dan mati dalam keadaan haram. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang panjang umurnya, buruk amalnya dan tidak bertaubat walhal ia tamak dalam mendapatkan keampunanNya. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang menzahirkan persahabatannya dengan seorang muslim sedangkan ia melakukan sebaliknya. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang hilang permulaan umurnya dalam kelalaian sedangkan penghabisan umurnya ia malas taat kepada Allah.


8) Tanda-tanda iaitu bagus jiwa dan batin kepada Allah dan bagus khidmat.


9) Wahai Ali !
Orang mukmin itu ada tiga tanda iaitu :
1) benci terhadap harta yang tidak dapat menolongnya di akhirat,

2) benci terhadap perempuan yang menjadi fitnah dalam agama

3) benci berkata-kata dalam hal kehormatan manusia

10) Wahai Ali !

Orang berakal itu ada tiga tanda iaitu :

1) menggunakan dunia untuk manfaat akhirat

2) menanggung kekasaran orang

3) sabar atas segala kesusahan


11) Wahai Ali !

Orang berilmu itu ada tiga tanda iaitu :

1) berkata benar

2) menjauhkan yang haram

3) merendah diri


12) Wahai Ali !

Orang yang takut kepada Allah itu ada tiga tanda iaitu :

1) memelihara diri daripada berdusta dan berbuat buruk

2) menjauhi kawan yang jahat

3) meninggalkan perkara yang separuh halal kerana takut jatuh kepada yang haram


13) Wahai Ali !

Kebenaran itu ada tiga tanda iaitu :

1) sembunyikan ibadah

2) sembunyikan sedeqah

3) sembunyikan musibah

14) Wahai Ali !

Orang yang 'abid itu ada tiga tanda iaitu :

1) benci kepada nafsunya

2) sentiasa menghisabkan nafsunya

3) memanjangkan berdiri mengadap Allah


15) Wahai Ali !

Orang yang soleh itu ada tiga tanda iaitu :

1) memperbaiki perkara yang melibatkan antara dirinya dengan Allah dengan amal soleh

2) memperbaiki agamanya dengan amal

3) suka bagi manusia apa yang dia suka bagi dirinya


16) Wahai Ali !
Orang yang beruntung itu ada tiga tanda iaitu :

1) makanan yang halal

2) duduk bersama ulama'

3) solat fardhu berjemaah


17) Wahai Ali !

Orang yang mukmin itu ada tiga tanda iaitu :

1) segera dalam taat kepada Allah

2) menjauhkan segala yang haram

3) berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepadanya


18) Wahai Ali !

Orang yang murah hati itu ada tiga tanda iaitu :

1) memberi maaf kepada orang yang bersalah ketika ia mampu membalas kesalahan itu

2) mengeluarkan zakat

3) suka bersedeqah


19) Wahai Ali !

Orang yang peramah itu ada tiga tanda iaitu :

1) menghubungkan orang yang memutuskannya (persaudaraan)

2) memberi orang yang menegahnya

3) memaaf orang yang menzaliminya


20) Wahai Ali !

Orang yang sabar itu ada tiga tanda iaitu :

1) sabar atas taat menjalankan perintah Allah

2) sabar menghadapi musibah

3) sabar menerima qadha Allah

21) Wahai Ali !
Orang yang bertaubat itu ada tiga tanda iaitu :
1) menjauhkan yang haram

2) menuntut ilmu

3) tidak akan kembali membuat dosa spt tidak akan kembali susu yang diperah ke tempatnya.


22) Sesiapa yang memerintah berbuat baik dan mencegah kemungkaran, nescaya Allah akan menghinakan musuhnya. Sesiapa yang benar dalam segala perkara, nescaya Allah murka kerana murkanya. Apabila seorang anak yatim menangis, nescaya bergoncanglah 'arasy, maka diserukana : Wahai Jibril ! Luaskan neraka untuk orang yang membuat anak yatim itu menangis dan luaskan syurga untuk orang yang membuat anak yatim itu ketawa.


23) Jibril mengharap menjadi manusia kerana 7 perkara :

1) solat fardhu berjemaah

2) menghadiri majlis ulama'

3) menziarah orang sakit

4) memberi minuman

5) mendamaikan dua saudara yang bermusuhan

6) memuliakan jiran

7) memuliakan anak yatim"

Friday, March 27, 2009

Friday, March 13, 2009

Panggillah USTAZ Hanya Kepada 'Ustaz'

Kalau sekiranya kita menyandarkan gelaran, panggilan, tanpa ada batasannya, maka kita akan mewujudkan caca marba dalam masyarakat. Seorang ustaz ialah seorang yang mempelajari agama Islam, berakhlak seperti akhlak Islam, berpegang dengan ajaran Islam malah berpakaian dengan pakaian yang selayaknya untuk seorang ustaz.

Jika kriteria asas ini tidak dipatuhi maka, maka seorang ustaz tersebut adalah sama dengan orang lain dan tidak ada keperluan untuk memanggilnya sebagai ustaz. Sebagai contoh seorang yang berlatar belakangkan pengajian Islam, namun dia sering dilihat sering ke kelab malam, maka secara langsung, dia bukanlah seorang ustaz.


Seorang ustaz bukanlah hanya seorang yang pandai bercakap tentang Islam, tetapi dia juga mestilah seorang seorang yang berakhlak dengan akhlak Islam. Justeru, tiada istilah "ustaz rock", ustaz hindustan dan sebagainya. Kalau itulah minatnya, maka dia bukanlah ustaz.


Asas panggilan seorang ustaz ialah beliau mesti belajar ilmu Islam sama ada secara formal atau tidak formal dalam bentuk disiplin ilmu Islam itu sendiri. Sebagai contoh beliau belajar Islam dengan seorang guru dan memasuki kelas guru tersebut serta memiliki kitab yang yang dipelajari. Pengajian tersebut mesti dalam jangka masa bertahun-tahun. Ini kerana dalam disiplin ilmu Islam hampir saja menyamai mana-mana ilmu yang lain iaitu memerlukan masa yang panjang (thul al-zaman) untuk memahaminya sebagaimana yang tegaskan oleh imam al-syafie rah.a .


Adalah pelik dengan belajar setahun dua dia sudah dikatakan alim melainkan dia seorang yang menerima wahyu dari langit. Dengan itu terkeluarlah dari panggilan ustaz, seseorang yang sesekali pergi melawat pondok dan pasentren dan tidak jelas pembelajarannya ilmu Islamnya.


Seorang ustaz adalah seorang yang berakhlak dengan akhlak Islam. Dia tidak akan makan sambil berjalan, menghisap rokok, berambut panjang seperti wanita (kecuali berambut panjang mencecah bahu-dengan niat semata-mata menurut sunnah Rasulullah SAW bukan kerana trend masa kini), memasuki panggung wayang dalam apa sebab sekalipun, bergaul dengan wanita bukan mahramnya (muhrim) dan semua bentuk akhlak yang tidak layak bagi seorang Islam. Kalau itulah yang dilakukan oleh ustaz tersebut, keluarkan sahaja ustaz sebegini dari golongan ustaz kerana dia bukanlah seorang ustaz.


Umum menerima bahawa seorang hakim mempunyai akhlak dan etika kehakiman. Beliau tidak boleh berada ditempat tertentu serta makan dengan orang yang tertentu yang dikhuatiri menjejaskan kredibiliti dalam penghakimannya. Misalnya hakim makan bersama dengan peguam bela kes yang diadilinya. Sekalipun dia tidak membuat apa-apa kesalahan dan tidak menerima rasuah, namun perbuatan itu melanggar etika kehakiman. Dengan itu, apa hal dengan seorang ustaz? Mereka tidak boleh merungut, itu tidak boleh, ini tidak boleh kerana itulah harganya seorang ustaz. Sama sahaja seorang hakim tidak boleh merungut kerana menerima jawatan sebagai hakim.


Mampukah kita menerima ustaz yang terkinja-kinja di pentas, ustaz yang akhlaknya sama sahaja dengan orang lain, ustaz yang bergaul bebas dengan wanita atas alasan-alasan yang sengaja dibuat-buat dan sebagainya?

Saya menyeru kepada kita semua, marilah kita mengembali maruah institusi Ustaz dan tidak sewenangnya menyandarkan perkataan tersebut kepada sesiapa sahaja. Ini kerana institusi ustaz ini adalah mulia dan pada merekalah kita melihat wajah Islam.

Wednesday, March 4, 2009

Saturday, February 21, 2009

Some Advise...

Lima Perkara Yang Semua Orang Inginkan

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya:

1:Wajah yang cantik
2:Duit yang banyak
3:Kesihatan yang baik
4:Anak2 yg cerdik dan berjaya
5:Tidur yang nyenyak tanpa ganguan

Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari.
Sabda Nabi Muhammad SAW:

"Siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak"


Jangan merungut.........

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.

10. utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...


"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"

Tuesday, February 10, 2009

Kerajaan Nizar Perlukan 'Magic' Laksamana Do Re Mi

Mengenang politik tempoyak di Perak hari ini di mana ada dua Menteri Besar, satu dikatakan sah dan satu lagi didakwa haram benar-benar membingungkan rakyat. Rakyat Perak mungkin ada yang pening-pening lalat ataupun sakit jiwa mengenangkan apa yang berlaku kini.

Di TV3 sekejap tadi saya melihat visual mengenai Zambry Abdul Kadir telah memulakan tugasan pertamanya dengan menemui masyarakat Cina di Ipoh. Bukan main lagi galaknya Zambry bersalaman dan berpelukan dengan masyarakat Cina.


Selepas itu disiarkan pula visual Nizar Jamaluddin sedang mengadakan mesyuarat Exco khas di kediamannya. Dalam mesyuarat itu dilaporkan diluluskan empat buah proporsal. Nampaknya Nizal sedikitpun tidak cemas dan selamba saja seolah tidak ada apa-apa yang berlaku.


Entah kenapa bila saya melihat visual mengenai Nizar bersama Exconya mengadakan mesyuarat itu, saya terkenang kepada filem Laksamana Do Re Mi arahan P Ramlee terbitan 1972. Dalam filem itu ada satu bab bagaimana kisah seorang raja dari negeri Pasir Dua Butir yang kuasanya telah dirampas Menteri Pesola menyebabkan kuasa dan negerinya hilang.


Gara-gara itu Raja negeri Pasir Dua Butir itu terpaksa melarikan diri dan berteduh di bawah sepohon pokok untuk dijadikan tempat semayam atau istana sementara bersama permaisurinya dengan dikeliling oleh beberapa orang datuk-datuk yang setia kepadanya sebagai batu asas kepada kerajaan negeri Batu Pasir Butir itu.


Bagaimana pun nasib raja Negeri Pasir Dua Butir itu baik kerana mereka didatangi oleh Laksamana Do Re Me datang membantu mereka. Dengan kekuatan dan kuasa yang sakti yang dimiliki oleh Laksmana Do Re Mi, raja negeri Pasir Dua Butir mendapat semula negerinya dan raja Pesola yang jahat dihapuskan.


Saya rasa apa yang dihadapi oleh Nizar sekarang ini tak ubah seperti nasib raja Pasir Dua Butir itu manakala lapan Exconya itu tak ubahlah sepeerti datuk-datuk yang menjadi hamba yang 'tertonggol' menjaga raja negeri Pasir Dua Butir sebagai batu asas itu.


Makanya sekiranya Nizar hendak dapatkan semula jawatan MB dan kerajaanya beliau kena cari dulu orang-orang seperti Laksamana Do Re Mi itu yang mempunyai kuasa berusur magik itu.
Do mempunyai tikar terbang, Re mempunyai teropong manakala Me ada bangsi ajaib. Hanya dengan memiliki tiga Laksamana yang sakti itu saja memungkin kerusi MB dan kerajaan Pakatan akan dapat dikembalikan semula.

Akhirnya negeri Pasir Dua Butir mendapat semula negerinya dan Raja Pesola (Jason King) yang jahat dihapuskan..
Wa'lahualam. Zam zam ala kazam....

Sunday, February 8, 2009

40 Dalil Lelaki Tidak Layak Di Gelar Suami

1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.


3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik. Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan. Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.


4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya. Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.


6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.


7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.


9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.


10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.


11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.


12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".


13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya. Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.


14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.


15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.


16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.


17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.


18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung.


19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik,
suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.

20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.


21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.


22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.


23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10, letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.


24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak' .


25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah
kami dibaling tahi.

26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.


27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.


28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.


29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.


30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.


31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.


32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.


33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?


34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam
jadi "jaga"... siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.

35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya.


36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.


37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.


38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.


39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...


40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.


fikir2kan lahh...huhuhu....

sumber

Thursday, February 5, 2009

Sunday, February 1, 2009

PM Turki Yang Berani. Tahniah!

Hebat! Sifat pemimpin berjiwa besar. Begitulah yang dimiliki oleh Perdana Menteri Turki, Rejab Toyyib Erdagon. Keberanian Erdagon menyatakan kebenaran di depan pemimpin elit dunia dan pakar ekonomi di Forum Ekonomi Dunia(WEF) memberi satu cahaya harapan kepada Dunia Islam dikala pemimpin-pemimpin Islam "menikus"kepada Amerika dan Israel. Hebat dan beraninya Erdagon boleh kita simpulkan dalam beberapa aspek :

i) Beliau secara diplomasi merendahkan suara kerana menganggap Shimon Peres lebih tua darinya.

ii) Beliau secara berani menyatakan hadirin tersilap memberi tepukan kepada Pembunuh Rakyat Gaza(Peres).

iii) Beliau secara berani dan jujur menyatakan Peres dan Negara Haramnya berperangai pengganas dan pembunuh terhadap rakyat Gaza.


iv) Beliau berani meninggalkan forum tersebut kerana pengerusi forum (Washington Post) tidak bersikap adil padanya.

Walaupun Turki mempunyai Perlembagaan dan Angkatan Tenteranya yang "kuat berugama" Sekular, tetapi uniknya Turki kerana Presiden, PM dan Parti Pemerintah(AKP) mempunyai roh Islamnya yang membara. Kesemua mereka didokong oleh majoriti rakyat Turki. Peristiwa yang berlaku di Davos itu amat mengejutkan Israel terutama Presidennya (lihat riak wajah Peres) ketika Erdagon memberi ucapannya. Beberapa jam kemudian Peres telefon Erdagon untuk menyatakan kesal dan maaf atas peristiwa di Davos kerana beliaulah(Peres) yang memulakan provokasi terhadap Erdagon.

Rejab Toyyib Erdagon umpama bayangan Badiuzzaman Said Nursi pemimpin ulama Turki yang menentang Kamal Attaturk.


Sumber:
tranungkite

Berdoalah Selalu...

Pendek ja ......tapi banyak makna dlm diri kita.
Bila الله Cepat Makbulkan Doamu, Maka الله Menyayangimu,

Bila الله Lambat Makbulkan Doamu, Maka الله Ingin Mengujimu,

Bila الله Tidak Makbulkan Doamu, Maka الله Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh Itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada الله Dalam Apa Jua Keadaan Pun...

Kerana Kasih Sayang الله Itu Mendahului KemurkaanNya.