Friday, April 30, 2010

Tak Dapat Masuk Exam?

Persoalan yang tidak terjawab sekian lama kini sudah terjawab. Kita boleh menilai siapa yang menjadi dalang di sebalik masalah kenaikan nama para pelajar Qiraat. Penjelasan lanjut sila rujuk link berikut :

1. Mahasiswi tidak dibenarkan masuk peperiksaan
2. Surat daripada Mudirah Qiraat

Hairan, adakah pihak JPMK tidak punya kakitangan yang mencukupi untuk menguruskan fai-fail tersebut?
Perkara ini bukan lagi memudahkan para pelajar malah semakin menyusahkan.

Peperiksaan merupakan kayu pengukur bagi para pelajar melangkah ke tahun yang seterusnya. Bagaimana perasaan anda jika telah melalui pengajian selama hampir setahun tetapi anda dilarang daripada menduduki peperiksaan?

Yang pasti, para pelajar sudah tidak tenteram menanti keputusan kenaikan nama yang merupakan lesen utama untuk melangkahkan kaki ke dewan peperiksaan nanti. Doakan semoga sejarah pertama tidak akan tercatat kerana impak yang cukup besar kepada mahasiswa/wi Qiraat dan juga kepada bakal mahasiswa yang akan meneruskan kesinambungan pengajian al Quran dan Qiraat di Mesir.

Sumber

Mahasiswa Qiraat Akan Pupus Di Bumi Anbiya'

Mahasiswa Qiraat tahun satu sudah tidak senang duduk. Semuanya sedang ternanti-nanti bilakah nama mereka akan muqayyad (kenaikan nama di Azhar). Minggu lalu semua mahasiswa tahun satu berjaya menduduki imtihan syafawi al Quran dan Qiraat atas belas ihsan daripada pengetua Maahad Qiraat al Azhar, Shoubra yang membenarkan semua mahasiswa tahun satu menduduki peperiksaan syafawi. Tiga hari lagi mahasiswi Qiraat Mansurah pula bakal berdepan dengan imtihan syafawi al Quran dan Qiraat. Mereka juga pasti sedang menanti-nanti bilakah nama mereka akan muqayyad. Berdasarkan makluman, pihak pengurusan Maahad Qiraat Mansurah dikatakan agak syadid (tegas).

Sepuluh hari yang dijanjikan oleh pihak JPMK untuk memastikan semua nama pelajar Qiraat muqayyad kini sudah berlalu berpuluh-puluh hari. Janji cuma tinggal janji. Omongan kosong daripada pihak JPMK kini sudah meluat didengari. Bukan sekali tetapi sudah berkali-kali janji yang sama ditaburkan.

8 Mei nanti bakal menyaksikan peperiksaan bertulis yang akan ditempuhi. Berbeza dengan peperiksaan lisan, peperiksaan bertulis mungkin tidak akan dapat diduduki oleh semua mahasiswa Qiraat samada Shoubra mahupun Mansurah sekiranya nama pelajar tidak muqayyad sebelum peperiksaan berlangsung kerana peperiksaan bertulis memerlukan setiap pelajar memiliki kerneh (kad pelajar) masing-masing dan juga angka giliran bagi menduduki peperiksaan.

Mahasiswa tahun satu Qiraat kini kebuntuan. Persediaan untuk peperiksaan bertulis sedang giat dilakukan namun perkara yang masih menjadi tanda tanya pada mereka bilakah nama akan muqayyad. Khabarnya sudah ada yang merancang dan mahu menempah tiket pulang ke Malaysia. Masalah kenaikan nama bukan masalah baru tetapi telah berlaku saban tahun. Masalah yang sama tetap berulang seolah-oleh menemui jalan buntu dan tiada penyelesaian.

Mahasiswa Qiraat Mesir Akan Pupus

Masalah muqayyad nama, masalah visa pelajar dan pengiktirafan oleh pihak kerajaan sering menghantui para pelajar yang bakal menjejakkan kaki mendalami ilmu Qiraat di Mesir. Jika suatu masa dahulu, semua lulusan diploma tahfiz al Quran dan Qiraat atau Sijil Tinggi Tahfiz al Quran atau setaraf dengannya dibenarkan menyambung pengajian di Mesir tetapi bagi sesi akan datang hanya lulusan diploma JAKIM, Kolej Universiti Insaniah dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor sahaja yang diiktiraf dan layak menyambung pengajian di Mesir.


Lihat, ruang melanjutkan pengajian al Quran dan Qiraat di Mesir semakin sukar dan semakin disempitkan. Tidak mustahil sekiranya perkara yang sama juga bakal berlaku kepada pengajian Qiraat sebagaimana yang telah berlaku kepada program muadalah antara institusi pengajian Islam tempatan dengan al Azhar yang telah dimansuhkan suatu masa dahulu.


Sumber

Wednesday, April 28, 2010

Kenyataan Rasmi Berhubung Isu Perpindahan Kuliah

Perjumpaan bersama amid telah diadakan bersama beberapa mahasiswa/wi wafidin dari Malaysia, Juzur Qamar dan Turkistan pada 27 April 2010 jam 1:30 petang di pejabat amid kuliah banat. Perjumpaan sekitar 45 minit ini telah memberikan pelbagai input berkenaan pemusatan mahasiswa/wi wafidin di Kaherah.

Apabila diteliti dengan jelas apa yang telah di perbincangkan di muktamar bercanggah dengan apa yang dikemukakan di pihak amid. Antaranya seperti berikut :-

1- Rabitah Alamiah menegaskan bahawa perpindahan mahasiswa/wi ke Kaherah merupakan satu ketetapan yang mesti diikuti oleh mahasiswa/wi wafidin namun, pihak amid menegaskan bahawa ianya masih lagi dikaji dan diperbincangkan di peringkat atasan.

2- Rabitah Alamiah menyatakan perpindahan mahasiswa/wi wafidin akan dilaksanakan pada tahun hadapan namun amid menyatakan bahawa qarar ini masih lagi diperbincangkan dan ianya hanya berdasarkan lisan semata-mata.

3- Rabitah Alamiah memberi jaminan penempatan wafidin yang akan disediakan mencukupi, tetapi amid tidak dapat memberikan kata putus tentang penyediaan sempurna pembinaan tersebut.

4- Rabitah Alamiah menegaskan bahawa mahasiswa/wi wafidin mesti dipindahkan ke Kaherah tetapi Amid menyatakan bahawa ianya bergantung pada maslahat mereka.

Memandangkan qarar ini masih lagi tidak dapat dibentangkan secara bertulis, pihak amid memohon agar semua mahasiswa/wi wafidin tidak tergesa-gesa dalam membuat sesuatu tindakan.

Maklumat tambahan yang kami perolehi adalah seperti berikut :-

1- Tiada perubahan bentuk pengajian yang akan dilaksanakan di Kaherah nanti sama ada pengkhususan kuliah mahupun kenaikan tahun. Perkara ini telah ditegaskan oleh amid sendiri bahawa sistem pengajian di Kaherah sama sahaja seperti di muhafazah.

2- Pengeluaran sijil pula akan dikeluarkan oleh pihak Al-Azhar sendiri tanpa sebarang campur tangan luar.

Kami akan membincangkan dari semasa ke semasa bersama pihak PMRAM Pusat, wakil-wakil negara lain dan Amid-amid kuliah serta mereka yang terlibat bagi mendapatkan penyelesaian terbaik dalam menyelesaikan isu ini.

Harapan kami agar masalah ini tidak diperbesar-besarkan sebelum mendapat penjelasan secara tepat dari pihak yang bertanggungjawab dalam mendepani isu ini. Segala masalah boleh berhubung terus dengan Pengerusi DPMM di talian 0101489131.

Pihak kami juga memohon maaf sekiranya terdapat sebarang pindaan terhadap isu ini disebabkan perubahan maklumat yang kami perolehi.

Semoga kita semua terus berdoa agar diberikan sesuatu yang terbaik dalam menjalani kehidupan di sini. Selamat menghadapi imtihan yang bakal menjelma.


“ KEMANTAPAN FIKRAH, MEMBINA SYAKHSIAH ”


Muhamad Amirul bin Hasim
Pengerusi,
PMRAM cawangan Mansurah sesi 2009/2010.

Sumber

Sunday, April 25, 2010

Apa Kata JPMK??


22 April - Satu majlis pelancaran etika dan peraturan baru ARMA telah diadakan dan taklimat penerangan disampaikan oleh En. Zulkifi bin Din. Apa yang ingin saya sentuh disini, terdapat kesalahan fakta sejarah yang dilakukan dan beberapa 'sindiran' kasar yang telah dilemparkan kepada pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Saya tidak pasti sama ada mereka sengaja berkata sedemikian ataupun memang berniat untuk mengatakannya.


Kenyataan yang dibuat oleh En. Zulkifli :

ISU ARMA DAN PMRAM.

"..Tanah ARMA ini diberikan oleh kerajaan Mesir kepada PMRAM akan tetapi telah 'diserahkan' kepada kerajaan Malaysia oleh sebab kerajaan Malaysia telah membayar token kepada kerajaan Mesir sebagai tanda bahawa tanah ini hak milik kerajaan Malaysia.."

"..sekiranya ada yang tidak berpuas hati dengan kenyataan ini, boleh dibawa ke mahkamah.."

"..kebanyakan pelajar Malaysia disini masih tidak mengetahui bahawa tanah ARMA ini adalah hak milik kerajaan Malaysia.."

"..kamu semua sepatutnya merasa beruntung kerana diantara 8000 pelajar yang ada di Mesir ini, kamulah yang diterima dan dapat menetap di DMAK ini, oleh sebab itu kamu seharusnya memberi kerjasama dengan kami, dan bukannya menentang kami dari belakang.."

"..PMRAM dan negeri Kelantan masih lagi tidak berdaftar dibawah JPMK, oleh sebab itu segala apa yang berkaitan dengan mereka adalah HARAM disisi DMAK.."

ISU KEBAJIKAN.

Ada pelajar yang mempersoalkan didalam sesi soal jawab mengenai kebajikan pelajar yang kehilangan barang dan pelajar yang berkriteria golongan susah. Ingin tahu jawapan mereka???

"..kami bukannya badan berkebajikan, dan kami tahu semua pelajar yang datang ke sini adalah dari golongan yang mampu. Ya, kami tahu kalau-kalau dari kalangan orang Kedah dan Kelantan, ada yang sanggup menjual tanah bendang untuk datang ke sini. Akan tetapi, kalau betul susah untuk apa hadir ke sini? Mengapa tidak duduk di Malaysia sahaja??.."

"..mereka yang melakukan bisnes akan dikenakan cukai selepas ini.."

Tambah mereka lagi,

"..kami berhak menghalau dan mengeluarkan sesiapa sahaja yang didapati melanggar peraturan ARMA dan tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.."

Saya - Fuh!!! Mereka memang HEBAT!! Tahniah kerana anda semua berjaya menjadi PEGAWAI yang terbaik disini. Terima kasih kerana terlalu 'menyayangi' kami dan menjaga 'kebajikan' kami. TAHNIAH JPMK!!!

p/s : Tak mahu ulas banyak. Rasanya mahasiswa semua mampu berfikir dengan waras.

Majlis Muktamar Wafidin Sejarah Air Mata Kedua Mansurah


A
ssalamualaikum.

Firman Allah SWT:

وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. [HUD:113]


Bagi pendirian kebanyakan mahasiswa/wi Malaysia di Mansurah amat menentang keras dengan isu ini. Kerana isu ini akan menimbulkan permasalahan yang cukup besar pada masa akan datang. Antara faktor yang disepakati kebanyakan mahasiswa/wi :

1) Ekonomi dan penempatan.

Bagi mahasiswa/wi Melayu di Al Azhar Mansurah terdapat lebih kurang 27 pasangan yang telah berkhawin. Keadaan ini tentu akan bersangkut paut dengan permasalahan ekonomi dan penempatan. Bagi mahasiswa/wi yang belum mendirikan rumah tangga tentu permasalahan ini boleh ditangani walaupun terdapat sedikit kepahitan. Bagi mereka yang sudah berumahtangga ini merupakan cabaran yang terbesar terhadap mereka. Selain itu , sebahagian mahasiswa/wi Al Azhar tidak mendapat bantuan kewangan yang kukuh dan stabil. Kebanyakan dari mereka hanya mengharap saluran kewangan dari ibubapa.

Selain itu, penempatan yang sukar diperolehi di Kaherah serta mahal dan akan memberi masalah yang besar kepada rumah-rumah negeri dan Badan Kebajikan Anak Negeri kerana isu perpindahan ini bukan hanya berlaku kepada muhafazah (cawangan) Mansurah sahaja tetapi di seluruh 7 muhafazah yang lain yang terdapat mahasiswa/wi Melayu Al Azhar. Kaherah akan padat dengan pelajar wafidin (luar negara) dari seluruh dunia

2) Silibus dan Takhasus

Sebelum ini mahasiswa/wi wafidin (luar negara) Al Azhar diberikan pilihan untuk mengikuti bentuk takhasus (fakulti) yang di tawarkan . Seperti Fakulti Bahasa Arab, Fakulti Usuludin dan Fakulti Syariah . Di dalam cabang Fakulti Usuludin terdapat beberapa takhasus, seperti Aqidah Falsafah, Dakwah, Hadis serta Tafsir. Mengikut maklumat yang diperolehi. Perpindahan semua mahasiswa/wi wafidin (luar negara) untuk ditempatkan di satu fakulti akan menjejaskan sistem pembelajaran dan tiada pilihan bagi mengikuti bidang yang diminati.

Silibus pembalajaran akan berubah. Bagi mereka yang berada di tahun 4 pengajian , bagaimana nasib mereka? Adakah mereka terpaksa memulakan pembelajaran mereka dari mula?

3) Qiraat di Mansurah

Mansurah adalah satu-satunya tempat yang terdapat pelajar qiraat bagi mahasiswi . Jika perpindahan pengajian ini diteruskan , akan memberi kesan dalam isu keselamatan . Selama ini kes kecurian dan pecah rumah kerap berlaku.

Maka pihak pengurusan Al Azhar Mansurah telah mengadakan Majlis Muktamar Wafidin bagi menjelaskan isu ini. Antara pihak pengurusan yang hadir :

1- Amid Kuliyyah Ususludin dan Dakwah Universiti Al Azhar Mansurah
2- Amid Kuliyyah Bahasa Arab Universiti Al Azhar Mansurah
3- Amid Kuliyyah Dirasat Dan Islamiyyah Dan Bahasa Arab (Mahasisiwi)
4- Semua Wakil Kuliyyah
5- Rais Syuun Wafidin
6- Mudir Tahrir
7- Doktor dan Doktorah

Hari ini amat menggemparkan apabila Muktamar Wafidin yang berlangsung dengan penuh panas. Namun apa yang saya mahu ulas di sini setelah mana selesai Muktamar Wafidin tadi, saya sempat bertanya pandangan dari salah seorang Rais Qisim Lughah Al-Arabiyah iaitu Al-Fadhil Al-Ustaz Doktor Syaikh Ali Luqom.

Di mana beliau menampakkan kekecewaan pada Muktamar ini. Dan sempat saya mendengar ungkapan beliau: "Saya tidak redha dengan mujtama' hari ini, jika berlaku perpindahan lebih baik kamu semua pulang ke Malaysia, sebab mereka ini tidak mahukan Islam". Namun beliau sempat mencadangkan kepada kami Wafidin supaya berpakat dengan semua furuk Muhafazah berkerjasama menyatakan pandangkan dengan menghantar surat kepada Rais Al-Azhar untuk menyatakan bantahan.

Sebelum itu saya tergamam dengan kalam Amid Kuliyah Usuluddin Wad Da'wah iaitu Al-Fadhil Al-Ustaz Doktor Ismail Hammad dalam ucapannya yang menyatakan: "Saya harap pelajar-pelajar Usuluddin ada di sini untuk menyatakan hak kamu. Dan harap Wafidin harus bergaul dengan masyarakat arab Mesir supaya dapat menguasai Bahasa Arab dengan baik dan kemudian bahasa ini boleh di bawa balik ke tempat kamu".

Begitu juga Wakil Amid Kuliyah Al-Lughah Al-Arabiyah Al-Fadhil Al-Ustaz Mun'im juga secara jelas menyatakan ketidaksetujuan beliau.

Namun apa yang menyedihkan apabila Ustaz Usman Al-Amani yang hanya dapat bercakap sedikit setelah mana pembesar suara yang dipegangnya dirampas. Termasuk beberapa persoalannya yang tidak dapat penjelasan yang jelas oleh pihak Rais Syuun Wafidin apabila ditanya tentang siapakah yang menetapkan Qarar perpindahan ini dan apakah puncanya?

Apa yang pasti Ustaz Usman Al-Amani salah seorang wakil Malaysia yang dapat bercakap menunjukkan pendirian kami yang enggan berpindah kerana kami begitu puas hati dengan pembelajaran di Universiti Al-Azhar As-Syarif cawangan Mansurah. Juga rampasan pembesar suara oleh seorang lelaki Mesir yang tidak dikenali ketika mana seorang rakan kita dari Senegal. Beliau sempat menyatakan ketenangan yang kami rasai belajar di sini.

Saya di antara orang yang ingin menyatakan pandangan, tetapi saya dijelaskan oleh pihak pengurusan yang ada di situ supaya cukup untuk seorang sahaja pelajar kamu bercakap. Setelah Al-Fadhil Ustaz Usman selesai bercakap, tiba-tiba beliau ditegur oleh pihak pengurusan di situ bahawa pihak kita tidak ada adab dalam bercakap.

Apa yang pasti kita mempunyai peluang lagi pada hari Selasa ini. Mungkin peluang yang tipis. Namun kebebasan suara kita di Al-Azhar mesti ada. Terima kasih kepada para ahli DPMM semua yang dapat sama-sama menunjukkan pendirian kita semua. Waallahu'alam.

Friday, March 12, 2010

Wacana Perdana

Wacana Perdana : Isu Sebenar Kemelut Politik Di Perak bersama para panel jemputan ; YB. Dato’ Seri Ir Mohamad Nizar b Jamaluddin, YB. Drs Khalil Idham Lim, Ustaz Hj. Abu Bakar b Hussain dan Ustaz Hj. Asmuni b Awi, di Dataran Hayyu Asyir. Pada 12hb Mac 2010, Hari Jumaat - bermula jam
6.00 malam. Solat maghrib dan solat hajat akan dilakukan sebelum
program bermula, sila bawa sejadah atau tikar dari rumah masing-masing.
Semua hadirin dan hadirat dijemput hadir.



Thursday, March 11, 2010

Majlis Dialog & Ramah Mesra Bersama Mahasiswa Perak Di Mesir

Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussain sedang memberikan ucapan kepada hampir 500 orang mahasiswa dan mahasiswi Perak yang menuntut di Universiti Al Azhar Mesir


ADUN Titi Serong,DRS. Khalil Idham Lim sedang menyampaikan ucapan.

KAHERAH : Sempena dengan lawatan rombongan badan Perhubungan PAS Perak ke Mesir, satu majlis Dailog dan Ramah Mesra bersama dengan Mahasiswa dan mahasiswi Perak yang menuntut disini telah daidakan di Rumah Perak disini malam tadi.

Rombongan yang di ketuai oleh Pesuruhjaya PAS Perak itu telah ditemukan dengan hampir sebahagian besar peljar Perak yang menuntu disini bagi menjelaskan isu-isu semasa termasuklah kemelut politik yang berlaku di Perak.

Mereka yang diberi peluang oleh pengajur untuk berucap dalam majlis tersebut selain dari Pesurujya PAS ialah Dato' Seri Muhammad Nizar jamaluddin dan Drs. Khalil Idham Lim.

Selain itu satu majlis dailog telah diadakan dan lebih dari sepuluh soalan utama telah dikemukakan dan dijawab secara panjang lebar oleh rombongan.

Persolan yang berkaitan dengan undang-undang dan perlembagaan telah diterang sejelas mungkin oleh pengarah jentera Pilihanraya PAS Perak yang juga seorang peguam, Hj. Asmuni Awi.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Presiden Persekutuan Mahasiswa Melayu Mesir(PMRAM), Abdul Muis bin Muhammad dan YDP Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM).

Disamping majlis utama tersebut, rombongan telah disajikan dengan masakan nasi ayam yang di masak oleh Mahsiswa dan peluang terbaik itu telah digunakan oleh kebanyakan mahasiswa dan mahasisiwa untuk bergambar dengan rombongan diakhir program.


Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin menyampaikan penerangan tentang kemelut politik Perak kepada yang hadir.







Sumber