Tuesday, January 12, 2010

Penyeri Hidup Kami

Assalamualaikum wrt,

Alhamdulillah,ku panjatkan beribu2 kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan kelahiran anak sulung kami.. Putera kami selamat dilahirkan pd hari Jumaat, 08/01/2010 (22 Muharram 1431), jam 11.15pm..

Setelah masuk 41 minggu kami menanti kelahirannya, di saat2 akhir, kami dikejutkan dengan pengesahan doktor bahawa permaisuri hatiku terpaksa menjalani pembedahan untuk melahirkan putera kami..Betapa gusarnya hati ketika itu ntk mmbuat keputusan..Lemah semangat rasanya tika itu..Tetapi aku harus menguatkan semangat isteriku agar tenang dengan apa jua yang mendatang..Kami tidak boleh tangguhkan lagi operation ni..Kami terus menghubungi keluarga di Malaysia ntk memaklumkan hal ini..Alhamdulillah, setelah dipersetujui oleh kedua belah keluarga, akhirnya kami sepakat untuk menjalani operation..Segalanya kami tawakkal kepada Allah..Dengan penuh harapan semoga keduanya selamat..

Bermula pd pukul 11.00pm, aku ditemani jiran yang juga sahabat kami Ust Shaiful Azlam, menanti dengan penuh debaran di bilik menunggu sambil mengaji.. Tepat jam 11.15pm aku mendengar tangisan pertama putera kami menandakan selamat dilahirkan... Betapa terharunya hati kala itu.. Bersyukur sgt2 kepada Allah.. Tidak ku sangka akhirnya aku mendapat gelaran Baba.. 10 minit kemudian pembantu klinik menyerahkan putera kami kepada ku untuk diazankan, diqamatkan dan seterusnya ditahnikkan... Lebih kurang 11.45pm aku dibenarkan masuk ke bilik pembedahan untuk membantu mengangkat isteri ku pindah ke bilik rehat... ketika itu isteri ku masih lg tidak menyedarkan diri walaupun kulihat matanya terbuka sedikit melihat kami... Betapa sedih dan terharunya melihat keadaan permaisuri hatiku kala itu... Besar pengorbanannya untuk memberikan aku zuriat... Ya Allah, moga Kau berikan ganjaran yang setimpal dengan pengorbanan dan kesabarannya serta sembuhkanlah dia dengan segera... Kini, baru aku tahu betapa agungnya seorang perempuan yang bergelar ibu... Betapa besar pengorbanan mereka untuk melahirkan kita di dunia... Saat ini, aku teringatkan ibuku di tanah air... Beliau juga telah banyak berkorban demi untuk membesarkan aku sehingga sekarang... Ibuku juga melahirkan aku dengan menjalani operation, sama seperti isteriku... Tahulah aku betapa sakit dan sabarnya ibuku tika itu... "Terima kasih banyak Mak atas pengorbanan Mak membesarkan Adie sehingga sekarang.. Adie sayang Mak.. Xlupa juga Abah.. Love u both.."

Berikut adalah beberapa gambar putera kami sejak dia dilahirkan 5 hari lepas :-




Friday, January 8, 2010

Salam Takziah..

Al-Fatihah. Allahyarham Ustaz Fauzi Bin Azizan (ILMAM PAHANG) bekas pelajar Qiraat Shubra telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi ( jam 2.25 ptg - 8 Jan 2010) di Hospital Selayang.

Allahyarham yang mengalami pendarahan di kepala, koma setelah kemalangan 31 Disember 2009 di Chenor.

Semoga Allah menempat Allahyarham di kalangan orang-orang yang Soleh.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Saholyatul Aqmar (ILMAM PAHANG) yang merupakan belkas pelajar Qiraat Mansurah dan kini sedang mengandung anak yang pertama 7 bulan.

Seluruh warga ILMAM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Wednesday, January 6, 2010

Penggunaan “Kalimah ALLAH”: PAS Terbuka

Berikut adalaha kenyataan media Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS berhubung isu penggunaan “kalimah Allah”

KENYATAAN MEDIA

PAS sebagai sebuah parti Islam amat menghormati prinsip kebebasan beragama sepertimana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama, melainkan ia merupakan pilihan sendiri. Prinsip kebebasan beragama ini juga telah dimaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun demikian, dalam kontak masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama. Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini.

PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah al-Imran ayat 64 yang bermaksud: Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

"Allah For All * Islam For All"

"Islam Adil Untuk Semua"

Sebagai seorang ahli PAS yang wala' pada pimpinan saya akur pada kenyataan ini.

Dalam erti kata lain dari fahaman saya PAS boleh menerima sekiranya penganut Kristian (dalam hal ini bagi tujuan akhbar Herald Tribune) (kerana di Malaysia tiada penganut agama Samawi yang lain) mahu menggunakan kalimah ALLAH dengan konotasi merujuk kepada TuhanYang Esa, dan tidak yang lain dari itu.

Namun jika disalahgunakan bagi tujuan yang mengelirukan PAS tidak boleh terima. Saya rasa di bab inilah lahirnya kebimbangan ramai dikalangan umat Islam khasnya ahli dan penyokong PAS. Insiden murtad yang melibatkan beberapa individu masih terngiang dalam memori kita. Nama Aishah Bukhari dan Lina Joy antaranya telah mengguris dan menyiat-nyiat hati dan sensitiviti ramai dikalangan kita. Begitu juga kes Natrah puluhan tahun lalu sehingga mengakibatkan Dr Burhanuddin al Helmi (yang kemudiannya menjadi Presiden PAS) ditangkap.
Jika pihak yang mahu menggunakan kalimah Allah (selain umat Islam sendiri) dapat mengawal diri dan menjamin yang kalimah ini tidak digunakan nanti bagi kerja-kerja “mendakwahkan” atau mengelirukan penganut Islam supaya menerima ajaran mereka maka sebagaimana pendirian PAS di atas kita boleh bersikap “terbuka”.

Bersedialah kita menghadapi fitnah akhir zaman, satu persatu akan datang tanpa belas kasihan. Jaga iman masing masing. Jangan tertipu dengan karenah dunia. Selaku umat Muhammad s.a.w yang berAgama Islam kita harus mempamirkan wajah sebenar Orang Islam supaya golongan Kristian nampak jalan yang lurus yang mereka sentiasa cari, walaupun sebenarnya ada di sekeliling mereka. Tetapi jika orang Islam itu sendiri tidak mempamirkan kelurusan Agama Islam, malah lebih sesat daripada yang tersesat, bagaimana Kristian mahu mengikut jejak Orang Islam. Yang paling dikhuatiri yang lurus pula yang tersesat dan mengikuti orang yang sesat. Nauzubillah.

Semoga Allah memelihara iman kita dan sentiasa memelihara kita agar tidak tersesat di sepanjang kehidupan kita daripada fitnah Dajjal.

Marilah kita sama-sama menerima pendirian ini dan melihat perkembangan selanjutnya dengan penuh hikmah dan bijaksana.

Sumber 1 , 2

Tuesday, January 5, 2010

Taib Azamuddin Mempertahankan Kalimah Allah

Penggunaan Nama Allah | Apa Muslihatnya?

assalamualaikum,

1. Ada yang menyatakan Allah sebagai general name God atau tuhan. Bagi saya,kita tidak boleh menyamakan penggunaan Allah di kalangan masyarakat arab dengan rantau ini. di rantau ini, nama Allah begitu asing sedangkan masyarakat Quraish bersumpah dengan nama Allah, berjanji dengan nama Allah. Hatta dalam perjanjian Hudaibiyah, mereka membantah menulis Bismillahirahmanirahim tetapi tidak Bismillah.Ini kerana kefahaman sifat ArRahman dan ArRahim Allah tidak mereka rasai pada masa itu. namun mereka menerima Allah sebagai Tuhan, yakni kata umum kaum arab tetapi ianya tidak di kalangan rantau ini.

Di sini belum ada tuhan jesus sama dengan tuhan siva atau tuhan gautama budha atau tuhan Gu Yin. Jesteru itu adalah tidak wajar tuhan jesus disamakan dengan Allah yang kemudian akan merebak tuhan siva disamakan dengan Allah dan sebagainya.

2. isu ini bukan isu biasa. mengapa?

a) kehakiman sengaja melantik hakim bukan Islam. persoalannya dengan restu siapa high profile case dibiarkan sedemikian?

b) Kalau kes kes sensitif yang lain,kerajaan masuk campur mengapa tidak kes ini? Apakah hakim tersebut tidak merjuk pada higher authorities(sepatutnya tidak tapi di Malaysia ia sebegini)?

- bagi saya, ada udang disebalik batu, serampang 2 mata. mengapa ia dibenarkan sedemikian dibincang, dipaparkan, dibenarkan berdemonstrasi(menghina keputusan mahkamah) dan membantah?

Ia bertujuan untuk membangkitkan sesitiviti orang melayu agar bersatu, duduk bawah 1 payung dengan kumpulan atau parti tertentu sebagai champion nanti. ini pernah berlaku 5-7 tahun yang lalu apabila dibangkitkan isu air dengan singapore yang membuat rakyat bersatu dan menanglah dia dalam PRU11 dengan gayanya. sedangkan kalau diteliti, siapakah yang membenarkan perjanjian tersebut? -saya bertanya...apakah ada pakatan sulit u rub my shoulder and i rub yours? ia memberi kesan positif pada pemerintah singapore n pemerintah malaysia kerana semangat 'patriotism'.

3. Jika kita mengimbau sejarah negara, andaikata isu sensitf dikeluarkan secara tersusun, maka ada sesuatu yang lebih besar akan berlaku, satu perancangan besar. mula mula media perdana sengaja mendedahkan perihal kehilangan enjin jet adalah sesuuatu yang luarbiasa kerana jika ini berlaku di negara lain, menteri yang berkenaan pada waktu itu akan diminta letak jawatan, begitu juga dengan jeneral jeneral masa itu kerana bak kata perpatah "apa yang berlaku bawah selimut sendiri pun tak tahu". Sekarang ini penggunaan Allah merujuk pada tuhan dibenarkan oleh mahkamah yang dibawah kawalan kerajaan tetapi kali ini seolah olah kerajaan tidak ada campur tangan. wallahu 'alam.

Ada yang mungkin bertanya, teruk sangat ke Iman kita sampai tak dapat membedakan dan ini tidak mungkin. Bagai saya, mereka yang melontarkan pandangan sedemikian hanya melihat kemelut ini dari jauh dan tidak terjun dalam menneliti kemelut masyarakat Melayu serta kancah perjuangan menghadapi masalah murtad.

Bagi saya, bab penggunaan nama Allah ini memang wajib kita bantah agar umat Islam terutama yang kecil, yang pendidikan agama dalam keluarga cetek serta tidak beramal dengan syariat agar tidak keliru, tetapi dalam waktu yang sama jangan kita melatah sehingga menjadi bidak dalam permainan pihak tertentu atas tujuan tertentu.

wallahu 'alam.

Sumber