Friday, April 30, 2010

Adakah Surat Ini Menampakkan Hubungan Dato Zainal Dan Kuliah Ulum?

GEMPAR : Adakah Dato Zainal Terlibat Dalam Isu Perpindahan?


Satu persoalan yang timbul, adakah Dato Zainal Abidin Abdul Kadir (bekas Duta) terlibat sama dalam agenda penghapusan muhafazah? Mungkin beberapa klu dapat diperolehi daripada beberapa bukti di bawah.

Antaranya, Muktamar Wafidin yang diadakan pada 24 April lalu, telah dianjurkan oleh The World Association Of al Azhar Graduates. Dan salah seorang yang terlibat secara langsung dalam pertubuhan ini ialah Dato Zainal sendiri. Ia berdasarkan beberapa gambar di bawah.

Di dalam Muktamar Wafidin tersebut juga menyatakan bahawa di Kaherah akan diadakan satu Muktamar Wafidin pada 8 Mei nanti. Dan, saya menjangkakan bahawa Dato Zainal pasti akan turut hadir sama dalam pertemuan tersebut.

Di bawah ini, disiarkan beberapa penglibatan Dato Zainal secara langsung dalam WAAG ini. Saya tidak menuduh ini adalah konspirasi beliau, tetapi cuma melontarkan persoalan, adakah beliau terlibat sama? Kerana beliau adalah salah seorang anggota rasmi pertubuhan ini? WaLlahua'lam.




Sumber

Muktamar Wafidin Di Dalam Akhbar Saut al Azhar Halaman 14


Semalam, En Zul mengatakan bahawa "belum ada kenyataan rasmi" daripada al Azhar menyatakan tentang isu perpindahan. Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, hari ini telah disiarkan di halaman 14 akhbar Saut al Azhar, tentang Muktamar Wafidin di Mansurah.

Saut al Azhar adalah akhbar yang diterbitkan seminggu sekali, iaitu pada Hari Jumaat. Di sebahagian tempat, ia diterbitkan pada malam Khamis, atau pada Hari Khamis. Jenuh saya berkejar ke mari untuk mendapatkan akhbar ini setelah diberitahu bahawa ia telah memuatkan berita tentang Muktamar Wafidin.

Malam ni, saya akan cuba mendapatkannya di kawasan berhampiran, walaupun pada petang ini ia masih belum diedarkan. Akhbar Saut al Azhar, halaman 14 bertarikh hari ini atau esok.

Sumber

Peperiksaan Qiraat Pada Bulan Julai Nanti


Sejarah terukir lagi. Menepati ramalan awal, mahasiswi Qiraat Mansurah tidak dibenarkan menduduki peperiksaan syafawi (lisan) 29 April 2010. Mahasiswi Qiraat Mansurah yang bersemangat untuk menduduki peperiksaan akhirnya pulang hampa. Saya pasti ada yang mengalirkan air mata. Kami amat kesal dengan apa yang telah berlaku. Hal ini jelas membuktikan bahawa kegagalan pihak JPMK menguruskan hal pelajar. Antara tujuan utama diwujudkan JPMK di sini adalah untuk memudahkan para pelajar tetapi kini berlaku sebaliknya. Di manakah pegawai JPMK sewaktu pelajar Qiraat dihalang daripada menduduki peperiksaan? Sedang lena diulit mimpi atau leka dengan laman sosial Facebook?

Harapan bagi seluruh mahasiswa/wi Qiraat Shoubra dan Mansurah untuk menduduki peperiksaan tahriri (bertulis) yang akan bermula pada 8 Mei ini dilihat semakin kabur kerana pihak JPMK sendiri tidak yakin para pelajar akan menduduki peperiksaan pada 8 Mei ini. Kenyataan yang jelas ini dikeluarkan pegawai Atase Pendidikan JPMK, Khairi Jalalludin melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada salah seorang wakil pelajar. Kandungannya adalah seperti berikut :

"Salam pelajar yang dihormati, keputusannya masih tergantung sehingga ana bertemu syeikh alazhar dr ahmad tayyib selasa ini. Namun kemungkinan besar pelajar akan ambil peperiksaan bulan Julai. Harap maklum dan sebarkan."

Saya tidak yakin dengan kenyataan sebegini kerana sebelum ini sudah berkali-kali janji untuk nama muqayyad selepas 10 hari dilakukan namun sehingga kini nama pelajar Qiraat masih belum muqayyad. Dimaklumkan juga bahawa fail-fail nama pelajar tidak dapat dipastikan berada di mana samada pada pihak al Azhar atau masih berada pada pihak JPMK. Mana perkhidmatan cemerlang yang kalian canang-canangkan? Jika benar mahasiswa/wi Qiraat akan menduduki peperiksaan pada bulan Julai, risiko yang amat besar bakal ditanggung oleh semua mahasiswa/wi kerana peperiksaan pada bulan Julai adalah peperiksaan ulangan.

Sebentar tadi diadakan perjumpaan ringkas di Dewan Ibnu Jazari seusai solat Hifzi. Seluruh mahasiswa Qiraat Shoubra yang hadir menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap kes kegagalan nama pelajar Qiraat muqayyad tanpa menyatakan alasan yang benar-benar kukuh dan penjelasan daripada pihak berwajib. Kebanyakan yang hadir setuju jika diadakan dialog khas antara pihak JPMK dengan pelajar Qiraat bagi menjelaskan masalah ini.

Pihak berwajib seolah-olah cuba mengelak dan lari daripada menghadapi para pelajar dengan menabur pelbagai janji yang tidak pasti bila akan dilunaskan. Tindakan yang mereka lakukan juga dilihat sebagai langkah untuk menghalang kedatangan pelajar agama ke bumi Mesir. Mahasiswa/wi Qiraat, diharapkan kalian bersabar dan teruskan memohon kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan. Doakan semoga kalian semua dapat menduduki peperiksaan pada tanggal 8 Mei nanti.