Semalam, En Zul mengatakan
bahawa "belum ada kenyataan rasmi" daripada al Azhar menyatakan
tentang isu perpindahan. Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, hari ini telah
disiarkan di halaman 14 akhbar Saut al Azhar, tentang Muktamar Wafidin di
Mansurah.
Saut al Azhar adalah akhbar yang diterbitkan seminggu sekali, iaitu pada Hari Jumaat. Di sebahagian tempat, ia diterbitkan pada malam Khamis, atau pada Hari Khamis. Jenuh saya berkejar ke mari untuk mendapatkan akhbar ini setelah diberitahu bahawa ia telah memuatkan berita tentang Muktamar Wafidin.
Malam ni, saya akan cuba
mendapatkannya di kawasan berhampiran, walaupun pada petang ini ia masih belum
diedarkan. Akhbar Saut al Azhar, halaman 14 bertarikh hari ini atau esok.